Harga Topup Setelah Cukai SST 2018

Ramai pengguna yang runsing berkenaan harga topup setelah cukai SST diperkenalkan semula pada tahun ini. Hal ini kerana sepatutnya produk tambah nilai prabayar seharusnya dikecualikan daripada dikenakan cukai SST seperti yang tertera pada gambar dibawah.

barang dikecualikan sst

Untuk mengelakkan kekeliruan bagi ahli Topup Niaga Network, buat masa ini, sememangnya SST masih belum diserap atau dikecualikan oleh pihak kerajaan. Jadi nilai tambah nilai prabayar pelanggan akan dikenakan SST.

Kadar keuntungan sebagai Dealer atau Agen Topup Niaga Network masih belum ada perubahan buat masa ini, tiada pengurangan ataupun kenaikan.

Dalam masa terdekat, pihak kerajaan kelihatan menggesa syarikat telekomunikasi untuk menyelesaikan masalah pengguna yang dicaj potongan kredit sebagai cukai SST. Buat masa sekarang, serapan SST yang dikenakan dikembalikan kepada customer dalam bentuk panggilan/sms percuma atau sebagainya berbeza mengikut setiap syarikat telekomunikasi tawarkan.

Walaupun begitu, sehingga kini, 4 September 2018, syarikat telekomunikasi masih lagi mengenakan cas tersebut kepada pengguna. Setelah digesa oleh pihak kerajaan, pengguna tidak sabar untuk menunggu pengumuman rasmi daripada setiap syarikat telekomunikasi.

Saya akan kemaskini posting ini sekiranya ada perubahan untuk harga topup setelah cukai SST 2018.

Sumber : https://www.soyacincau.com/2018/09/02/lim-guan-eng-prepaid-mobile-reload-6-pct-sst-issue.

UPDATE TERBARU : Harga Topup SST 2018 dikecualikan daripada cukai SST bermula daripada 6 September 2018. Ini adalah tindakan pantas dan sangat dinantikan oleh pengguna tambah nilai prabayar di Malaysia.

Berminat untuk menjadi Dealer/Agen Topup ? Layari : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Berminat untuk menjadi Sales Advisor Redone ? Layari : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.

Jom baca kepentingan laman web untuk perniagaan disini : http://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.