jenis simkad telefon bimbit di malaysia

Di Malaysia, terdapat 3 jenis simkad telefon bimbit yang sering digunakan untuk telefon bimbit dan telefon pintar iaitu simkad bersaiz Standard, Micro dan Nano. Telefon bimbit yang agak lama pengeluarannya kebiasaanya menggunakan jenis simkad bersaiz standard, diikuti pula dengan simkad bersaiz micro, dan untuk pengeluaran terbaru pula kebanyakannya menggunakan simkad bersaiz nano.

saiz simkad telefon bimbit

Diatas saya paparkan saiz untuk ketiga-tiga jenis simkad. Simkad bersaiz standard juga dikenali sebagai mini sim.

  • Standard SIM (15 x 25mm)
  • Micro SIM (12 x 15mm)
  • Nano SIM (8.8 x 12.3mm)

Kebanyakan syarikat telekomunikasi kini menyediakan ‘3 in 1 sim’ dimana ketiga-tiga saiz simkad tersebut tersedia dan boleh digunakan dengan mudah mengikut saiz simkad yang ingin digunakan. Dibawah saya sediakan paparan simkad yang mempunyai ketiga-tiga jenis saiz simkad yang semestinya memudahkan pengguna untuk menggunakan pada mana-mana telefon bimbit yang dikehendaki.

3 in 1 sim

Sekiranya simkad anda tidak menyediakan ketiga-tiga jenis simkad ini, ianya agak menyukarkan apabila anda perlu menukar kepada telefon bimbit yang menggunakan saiz simkad yang berbeza. Sebagai contoh, sekiranya sim anda tiada adapter seperti diatas, anda perlu potong simkad anda untuk kecilkan, atau perlu buat replacement simkad sekiranya perlukan sim yang lebih besar, kan ?

Nasihat saya, ketika mendapatkan simkad yang baru, pastikan saiz simkad anda sesuai dengan setiap penggunaan telefon bimbit anda. Adalah lebih baik sekiranya anda mendapatkan informasi terlebih dahulu berkenaan jenis simkad telefon bimbit anda sekarang atau akan datang sebagai contoh anda boleh dapatkan informasi spesifikasi telefon pintar disini : https://www.gsmarena.com.

Berminat untuk menjadi Dealer/Agen Topup ? Layari : http://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Berminat untuk menjadi Usahawan Telco ? Layari :http://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.