kesilapan penjual topupPost kali ini saya akan tekankan berkenaan kesilapan penjual topup yang boleh membawa kepada kes penipuan, dan sebagainya. Mungkin agak panjang, tapi post kali ini harap dapat dihadam supaya anda tidak akan terkena dengan taktik-taktik penjenayah dalam talian yang semakin berleluasa kini.

  • Tidak Alert Dengan Tutorial !

Ada sebab kenapa tutorial diberi kepada anda. Tutorial tersebut untuk memudahkan anda menggunakan sistem yang dibekalkan kepada anda. Ada tutorial dalam bentuk penulisan, ada juga dalam bentuk video. Sekiranya mudah untuk anda ‘tangkap’ menggunakan video, jadi sila buka video dan follow tutorial tersebut. Begitu juga sebaliknya.

Pastikan juga anda faham tentang konsep tambah modal dan akaun yang anda perlu isi untuk tambah modal. Ada beberapa kes sebelum ini, marah-marah modal tak masuk, tapi sebenarnya tersalah bank in ke dalam akaun orang lain ataupun tersalah isi maklumat pada bahagian bank in sistem. Isu seperti ini melambatkan proses modal untuk sampai kepada penjual topup. Kan ?

  • Mudah Percaya ‘Strangers’ aka ‘SCAMMER’
    scam jual topup

Ada pelbagai modus operandi penipu-penipu ini untuk mendapatkan akaun topup anda. Kenapa mereka nak akaun anda ? Sebab mereka nak telan semua modal anda dalam akaun sistem topup tersebut. Kita di Topup Niaga Network sering tekankan kepada penjual, jangan berikan password kepada sesiapa termasuk UPLINE/ADMIN sekalipun ! Ya, UPLINE/ADMIN tidak akan saja-saja whatsapp/telegram anda untuk apa-apa promosi dan urusan. Segalanya boleh diuruskan melalui webserver atau aplikasi.

Disini saya berikan contoh penipuan yang dilakukan oleh scammer. Antaranya :

  1. Menyamar sebagai ‘ADMIN SERVER’ @ UPLINE
    Ini taktik yang famous digunakan scammer sekarang. Mereka menyamar sebagai admin server @ upline anda dan minta anda untuk berikan password atau tukar password anda kepada sekian2 untuk memberikan keuntungan yang lebih tinggi. Di bawah saya akan tunjukkan beberapa screenshot bagaimana scammer ini mulakan penipuannya untuk menjerat penjual topup.
    scammer topuppenipu topup
  2. Menyamar sebagai ‘Ahli Keluarga/Saudara/Rakan’ yang memerlukan topup
    Ini pun salah satu taktik tetapi jarang digunakan kerana agak ‘social engineering’ sikit. Mereka kena kenal pasti nama ahli keluarga/rakan anda dan kebanyakannya mereka dapatkan info melalui Facebook anda. Apabila anda call nombor tersebut, berkemungkinan dia akan katakan telefonnya rosak tidak dapat buat panggilan.
    scammer strangers
    Disini saya ada sediakan seberapa banyak list scammer topup yang saya kumpulkan untuk anda berhati-hati daripada terjerat dengan perangkap mereka. Anda boleh lihat disini : http://topupniaga.com/list-scammer-topup-malaysia.
  • Dedahkan Maklumat Tambah Modal

Jangan sesekali anda dedahkan maklumat tambah modal kepada sesiapa walaupun di dalam group support. Anda cuma perlu isi maklumat tambah modal diruangan bank in pada aplikasi atau webserver sahaja. Sekiranya ada masalah tentang tambah modal, boleh terus rujuk kepada careline server (pastikan anda tahu nombor careline server, jangan percaya kepada nombor asing !)

  • Salah Isi Nombor Customer !

Kesalahan ini jarang, tapi mungkin berlaku sekiranya anda tidak berhati-hati. Anda sedia maklum, Eload akan terus masuk ke nombor penerima, dan tidak boleh ditarik balik. Untuk menjual, pastikan anda telahpun meminta nombor telefon customer dan juga telco yang betul untuk mengelakkan masalah pending, topup tak masuk dan sebagainya.

Kesimpulannya, apa yang anda perlu beri perhatian sebagai penjual topup :

  1. Jangan berikan password kepada sesiapapun termasuk admin/upline.
  2. Jangan dedahkan details tambah modal kepada sesiapa, modal anda boleh dicuri !
  3. Pastikan nombor customer dan telco customer adalah betul sebelum anda submit pembelian.
  4. Jangan mudah percaya nombor asing, pastikan anda melakukan verifikasi sebelum melakukan apa-apa tindakan.
  5. Sila baca tutorial yang diberikan dengan baik. Ikuti setiap modul termasuk video untuk mengelakkan kesilapan.

Diharap post ‘Kesilapan Penjual Topup’ ini sedikit sebanyak dapat membantu anda daripada terjerat daripada kes-kes penipuan online yang sering berlaku baru-baru ini serta memudahkan urusan penjualan anda. Elakkan diri anda daripada melakukan kesilapan penjual topup ini untuk mengelakkan kerugian dan sakit hati. Haha !

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh komen dibawah atau terus hubungi kami melalui :

Facebook : https://www.facebook.com/topupniaganetwork/
Whatsapp : 0177860670
Email : admin@topupniaga.com

Anda ingin menjadi Sales Advisor Redone ? http://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone

Ingin menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? http://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda