Pakej InternetUmobile

Pelan Internet Umobile Tanpa Had

Pelan Internet Umobile Tanpa HadPerkembangan penawaran pelan internet tanpa had di Malaysia semakin baik apabila Umobile juga sudah mula menawarkan pelan internet Umobile tanpa had, turut serta seperti syarikat telekomunikasi Celcom, Webe, dan juga Digi. Pelan ‘UNLIMITED HERO P99’ yang ditawarkan oleh Umobile ini dilihat agak berbeza dengan pelan internet tanpa had syarikat telekomunikasi yang lain.

umobile unlimited hero p99

Seperti pelan internet tanpa had yang lain, umobile menawarkan internet dengan kelajuan tanpa had, data internet tanpa had dan panggilan percuma ke semua rangkaian, dimana tawaran ini adalah tawaran kebiasaan bagi pelan internet tanpa had untuk syarikat telekomunikasi di Malaysia. Yang agak menarik, Umobile memberikan 30GB Mobile Hotspot dimana bagi saya untuk harga pelan internet dibawah RM100/bulan, agak berbaloi juga.

umobile share 20

Antara keunikan yang Umobile tonjolkan untuk pelan ini, data Mobile Hotspot 30GB itu tadi boleh dikongsi sehingga 3 talian rakan dengan harga RM20/talian. Keseluruhan 30GB berkongsi sehingga 3 talian dengan bayaran Rm20/talian, berbaloi atau tidak berbaloi ? RM99+(RM20x3) bersamaan dengan RM159 untuk maksimum pendaftaran talian. Perbezaannya, member line boleh berada di kawasan yang berbeza, tapi masih menggunakan data internet mobile hotspot yang sama. Sesuai untuk rakan atau keluarga yang jauh atau tidak dalam kawasan yang sama.

Dalam situasi saya, saya menggunakan Digi Infinite 150 (RM150/bulan) dengan penggunaan mobile hotspot tanpa had, tetapi boleh digunakan untuk seisi keluarga. Terpulang kepada anda untuk menilai yang mana lebih baik dan sesuai dengan keperluan anda. Bagaimana dengan anda, berbaloi atau tidak berbaloi ?

Dibawah saya sertakan pelan penggunaan untuk Pelan Internet Umobile Tanpa Had ini sebagai rujukan.

pelan penggunaan umobile pelan penggunaan umobile share 20

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pelan ini, atau MNP ke pelan ini, anda boleh terus layari laman web mereka di http://www.u.com.my/postpaid/unlimited-hero untuk proses semakan, pendaftaran dan penukaran pelan. Anda boleh ketahui Terms & Condition untuk pelan ini dilaman sesawang tersebut.

mnp ke umobile

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh komen dibawah atau terus hubungi kami melalui :

Facebook : https://facebook.com/niagatopuprimaalliq
Whatsapp : 0177860670
Email : admin@topupniaga.com

Anda ingin menjadi Sales Advisor Redone ? http://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone

Ingin menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? http://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda

Facebook Comments

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !