Dealer Topup

Pelan Postpaid Masih Dikenakan Cukai SST

pelan postpaid masih dikenakan cukai sst

Pelan postpaid masih dikenakan cukai SST walaupun pada 6 September lepas telah diumumkan tambah nilai prabayar atau produk topup dikecualikan daripada cukai SST. Anda boleh lihat posting berkenaan ‘Harga Topup Setelah Cukai SST 2018’ disini : https://topupniaga.com/harga-topup-setelah-cukai-sst-2018.

Berikutan daripada pengecualian SST untuk pelan prabayar, ramai pengguna yang menggunakan pelan postpaid atau pelan pascabayar bertanyakan adakah pelan pascabayar juga dikecualikan daripada SST. Melalui kenyataan daripada pihak kerajaan, cukai perkhidmatan sebanyak 6% masih lagi dikenakan kepada pengguna postpaid atau pascabayar.

Ini bermaksud, tiada perubahan daripada segi cukai sama ada GST ataupun SST (kedua-dua jenis cukai mengenakan 6% cukai kepada pengguna). Pengecualian pelan prepaid atau prabayar dikecualikan kerana sering digunakan oleh golongan yang berpendapatan rendah dan juga golongan pelajar untuk membantu golongan ini daripada dikenakan cukai SST.

Jadi jangan terkejut ya sekiranya bil anda bulan ini lebih tinggi daripada bulan lepas kerana pada bulan ini telah mula terlaksananya SST dalam negara kita. Sekiranya ada pengumuman terbaru berkenaan cukai SST untuk pelan postpaid atau pascabayar, saya akan kemaskini maklumat terkini didalam post ini.

Berminat untuk menjadi Dealer/Agen Topup ? Layari : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Berminat untuk menjadi Sales Advisor Redone ? Layari : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.

Jom baca kepentingan laman web untuk perniagaan disini : http://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Facebook Comments

Leave a Comment

Ikuti Topup Niaga

Ikuti Informasi dan Berita terkini daripada Topup Niaga

Anda telah berjaya mengikuti Topup Niaga !