Pelan Terbaru M4gic Sim

Pelan Terbaru M4gic Sim

Selepas Celcom memperkenalkan Magic Sim pada beberapa bulan yang lalu, pihak mereka telah membuat satu perubahan bagi pelan terbaru mereka, M4gic Sim yang saya lihat, sedikit berbeza daripada pelan Magic Sim yang asal.

Anda boleh baca tentang magic sim lama disini : http://topupniaga.com/magic-sim-internet-percuma-tanpa-had

Antara perubahan ketara yang saya lihat ialah pelan internet terbarunya yang sangat-sangat berbeza dengan pelan magic sim yang asal. Yang menyedihkan, dengan pelan terbaru ini, secara automatik juga memberi perubahan kepada pelan Magic Sim yang lama dimana quota Internet Burung Hantu yang dihadkan 2TB sebelum ini telah menjadi 10GB sahaja bagi setiap langganan.

Namun, dari segi penambahbaikan pula, pelan terbaru M4gic Sim ini memberikan panggilan percuma tanpa had kepada network yang sama, iaitu Celcom untuk setiap pelan internet yang diperkenalkan. Anda boleh lihat pelan terbaru mereka dibawah :

pelan terbaru magic sim

pelan baru magic sim

Selain itu, seperti yang anda maklum, pelan Internet Burung Hantu 1 pagi hingga 7 pagi mereka telah dihadkan kepada 10GB bagi setiap langganan . Sekiranya quota internet burung hantu anda telah habis, anda boleh membuat langganan tambahan quota dengan cara seperti dibawah :

pelan internet burung hantu

Apabila Celcom telah mengehadkan Internet Burung Hantu yang mereka tawarkan, sudah semestinya memberikan kesan kepada pengguna tegar Internet Burung Hantu kerana sebelum ini, hanya celcom sahaja menawarkan Internet Burung Hantu tanpa had.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan terbaru ini, anda boleh layari : http://www.xpax.com.my/internet

Apakah pelan internet yang berbaloi anda gunakan sekarang ?