percuma 3gb data setiap bulan

Umobile telah membuka pelan Power Prepaid yang menarik dimana mereka memberikan 3gb data percuma (1gb high speed data + 2gb basic data) serta kadar panggilan serendah 6sen untuk setiap 30 saat ke semua rangkaian. Baru-baru ini Umobile kelihatan sangat berani membuat promosi membuat perbandingan telco mereka dengan telco yang lain.

simkad power umobile

Simkad Power Prepaid daripada Umobile ini boleh diperoleh dengan harga RM8.50 sahaja dipasaran termasuk RM5 Credit sebagai pendahuluan. Pada pengaktifan kali pertama, Umobile memberikan 150 minit panggilan secara percuma (15 minit sehari) serta percuma internet berkelajuan tinggi sebanyak 200MB. Kadar SMS pula 8sen/sms ke semua rangkaian manakala panggilan pula 6sen/30saat ke semua rangkaian.

topup umobile data

Apabila anda topup RM10, anda akan mendapat 1gb data berkelajuan tinggi secara percuma untuk 30 hari serta 2gb basic internet bulanan serta panggilan percuma terhad 15 minit sehari untuk rangkaian Umobile.

Apabila anda topup RM30 dan melanggan UMI30 pula, anda mendapat 3.5gb internet berkelajuan tinggi, 2gb internet basic, serta panggilan percuma 30 minit langganan untuk kesemua rangkaian serta 15minit untuk setiap hari ke rangkaian umobile sahaja. Boleh dikatakan berbaloi berbanding dengan telco lain buat masa ini.

Umobile juga ada membuat perbandingan telco mereka dengan telco lain pada laman web mereka. Anda boleh layari http://www.u.com.my/prepaid untuk maklumat lanjut,

Antara video promosi perbandingan telco daripada Umobile dimana bagi saya, promosi yang agak berani :

Sekiranya anda mempunya pertanyaan lanjut mengenai Umobile memberikan percuma 3gb data ini , anda boleh hubungi kami melalui facebook Topup Niaga.

Anda mahukan topup percuma ? Klik disini : http://topupniaga.com/cara-mendapatkan-topup-percuma

Mahu menjana pendapatan dengan menjadi Dealer Topup ? Klik disini : http://topupniaga.com