Promosi Ramadhan dan Raya Celcom

celcom promosi raya

Promosi Ramadhan dan Raya Celcom berikan pada tahun ini agak wow! Sebelum ini Celcom merupakan telco pertama yang memberikan Internet Burung Hantu tanpa had  namun telah dihadkan kepada 10gb dalam bulan lepas.

Walaupun begitu, Celcom sekali lagi membuka mata pengguna dengan menawarkan kembali Internet Burung Hantu tanpa had serta internet percuma Waze tanpa had !

Promosi Ramadhan dan Raya Celcom

Pandai juga Celcom ambil hati pengguna semula dengan memberikan promosi raya ini. Melalui laman sesawang Celcom disini : www.xpax.com.my/raya terdapat 3 promosi yang diberikan sempena raya ini.

  1. Internet Burung Hantu tanpa had daripada 1 pagi sehingga 7 pagi setiap hari sehingga langganan tamat.
  2. Panggilan percuma kepada rakan dan keluarga.
  3. Penggunaan internet percuma apps Waze untuk balik kampung katanya.. Baik betul Celcom tahun ni? Haha !

Promosi ini boleh dinikmati oleh pengguna Internet Pack dan juga Magic Pack bermula pada 9 Jun 2016 sehingga 5 Ogos 2016. Anda boleh mendapatkan promosi ini dengan melanggan apa-apa pelan internet sehingga pelan internet anda tamat tempoh.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.xpax.com.my/raya

Mahu menjadi Dealer Topup Niaga ? Jom tengok promosi kami pula ! topupniaga.com/promosi-bulan-ramadhan-topup-niaga