promosi webe

 

Promosi Webe RM79 Sebulan dibuka kepada umum dimana pengguna tidak perlu lagi sebarang langganan TM atau telefon mudah alih yang khusus untuk mendapatkan harga tersebut. Bagi mereka yang masih belum pernah dengar tentang Webe, Webe merupakan salah sebuah anak syarikat TM iaitu penyedia internet yang terbesar di Malaysia.

Dibawah merupakan promosi hebat daripada Webe baru-baru ini :

pelan webe

 

Webe menawarkan data internet tanpa had, panggilan serta SMS tanpa had. Selain itu, Webe tidak mempunyai apa-apa kontrak dimana anda boleh terminate servis tersebut pada bila-bila masa sekiranya pengguna ingin berhenti melanggan pakej mereka.

Buat masa ini, pakej Webe adalah antara pakej termurah yang menawarkan unlimited data, call dan SMS berbanding dengan telco lain. Malah, mereka buat promosi harga murah pula untuk multiple line untuk keluarga dan rakan-rakan. Boleh la pakat-pakat dengan kawan kalau nak langgan yang ni 🙂

friends and family

 

Jika dibandingkan harga pakej RM80 dan keatas, memang Webe buat masa ini memberikan harga dan pelan terbaik buat masa ini tetapi kelemahan bagi pakej ini ialah mereka tidak membenarkan ‘Hotspot’ secara percuma daripada telefon mudah alih anda.

webe hotspot

Seperti yang ada dalam FAQ Webe, mereka akan cas RM6 untuk 2 jam hotspot dan boleh digunakan maksimum sebanyak 5 device sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.webe.com.my/shop/whats-new