Celcom Mengemaskini Pelan Home Fibre Terbaru

Celcom baru-baru ini telah mengemaskini pelan Home Fibre mereka dengan penawaran 2 pelan terbaru iaitu pelan Home Fibre 300 Mbps dan juga Home Fibre 500 Mbps. Pada pendapat saya, ini merupakan pelan yang mampu memberikan tamparan hebat kepada Unifi dan juga Maxis memandangkan penawaran harganya yang lebih berbaloi.

pelan celcom fibre 2020

Rebate sebanyak RM21 ringgit juga diberikan untuk kedua-dua pelan ini untuk 3 bulan pertama, menjadikan pembayaran untuk 3 bulan terawal :

  • Home Fibre 300 Mbps : RM119 untuk 3 bulan terawal, dan RM140 untuk bulan yang seterusnya.
  • Home Fibre 500 Mbps : RM179 untuk 3 bulan terawal, dan RM200 untuk bulan yang seterusnya.

ax router celcom fibre

Untuk pelan Celcom Home Fibre 300 Mbps, kelajuan muat turun yang ditawarkan ialah setinggi 300 Mbps dan untuk kelajuan muat naik pula setinggi 50Mbps manakala untuk pelan Home Fibre 500 Mbps pula kelajuan muat turun ialah setinggi 500 Mbps dan kelajuan muat naik sekitar 100Mbps. Kedua-dua pelan ini akan menerima AX Router secara percuma untuk pendaftaran baru serta pemasangan standard secara percuma serta terikat dengan kontrak penggunaan selama 24 bulan.

Jika anda berminat untuk membuat semakan kawasan liputan, anda boleh mengisi borang yang disediakan disini : https://store.celcom.com.my/store/checkServiceAvailability.jsp dan pihak Celcom akan menghubungi anda sekiranya pemasangan boleh dilakukan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Celcom Home Fibre disini : https://www.celcom.com.my/personal/broadband/celcom-home-fibre.

kemaskini pelan celcom 2020

Selain itu, Celcom juga telah mengemaskini pelan pascabayar Celcom MEGA mereka dengan memberikan data internet berkelajuan tinggi serta data hotspot yang lebih tinggi berbanding pelan terdahulu.

Cara Membuat Semakan Blacklist Telco : https://topupniaga.com/cara-membuat-semakan-blacklist-telco.

Web Hosting Murah & Berkualiti Malaysia : https://billing.hostingmalaya.com.