Data PUBG Mobile Percuma Dari Yoodo

Lanjutan daripada populariti PUBG Mobile buat masa ini, syarikat telekomunikasi Yoodo mengorak langkah dengan menawarkan data PUBG Mobile secara percuma kepada pengguna mereka. Tawaran ini hampir serupa dengan Game-Onz daripada Umobile, perbezaannya Game-Onz menawarkan permainan daripada komputer manakala Yoodo mensasarkan permainan PUBG Mobile.

Tidak lama lagi, berkemungkinan syarikat telekomunikasi lain juga akan bersaing untuk memberikan data percuma untuk permainan bagi versi telefon pintar seperti PUBG Mobile, Rules Of Survivor, Mobile Legends dan sebagainya. Ini adalah berita baik bagi peminat tegar phone gaming yang berada di Malaysia.

Data percuma untuk permainan PUBG Mobile khas daripada Yoodo ini ditawarkan sebagai addon dan promosi ini akan berakhir pada 30 April 2019.

cara melanggan data pubg mobile percuma

Untuk melanggan pelan addon ini, pastikan anda melanggan base plan data daripada Yoodo terlebih dahulu barulah anda boleh menambah addon untuk data PUBG Mobile percuma. Sekiranya data 20 GB untuk PUBG Mobile ini telah digunakan sepenuhnya, data base plan akan digunakan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.yoodo.com.my/pubgmobile.

Anda rasa syarikat telekomunikasi mana yang patut memberikan data percuma untuk phone gaming seperti yang dilakukan oleh Yoodo ? Komen pada ruangan dibawah.

Mahu menjana pendapatan dengan menjadi Dealer Topup ? Klik disini : https://topupniaga.com.

Mahu menjadi Telcopreneur Sales Advisor Redone ? Klik disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.