digi menawarkan esim di malaysia

Digi menawarkan eSIM di Malaysia baru-baru ini untuk tidak terlepas bersaing secara sihat dengan syarikat telekomunikasi yang lain pada waktu ini. Untuk pengetahuan anda, eSIM merupakan servis yang tidak memerlukan penggunaan simkad tetapi menggunakan teknologi untuk memuat turun rangkaian telekomunikasi dan membenarkan servis seperti panggilan suara, SMS dan juga penggunaan internet. Dengan kata lain, fungsinya hampir sama dengan simkad biasa, cuma tidak memerlukan simkad untuk digunakan pada telefon pintar.

Sebelum ini, Maxis, Celcom malah telco XOX serta Yoodo telah lebih awal memperkenalkan eSIM untuk syarikat telekomunikasi mereka kepada pengguna dan kali ini disaingi pula oleh syarikat telekomunikasi Digi. Dijangka dalam masa terdekat, mungkin Umobile juga akan mengikut jejak langkah mereka.

Buat masa ini, telefon pintar yang boleh menggunakan Digi eSIM hanyalah terhad kepada Apple Iphone XS, Apple Iphone XS Max, dan Apple Iphone XR sahaja. Operating System iOS 12.2 dan terkini diperlukan untuk membolehkan penggunaan Digi eSIM dengan baik dan pelbagai telefon pintar boleh menggunakan Digi eSIM pada masa yang akan datang.

Digi eSIM ini boleh digunakan oleh pengguna Digi Postpaid, Digi Prepaid dan juga Digi Broadband yang boleh didapatkan di Digi Store diseluruh negara. Buat masa sekarang, Digi eSIM ini ditawarkan secara percuma dan ditawarkan dengan masa yang terhad. Bagi mereka yang berminat, boleh pergi ke mana-mana Digi Store dan membuat permintaan untuk mendapatkan Sim Replacement untuk eSIM dan aktifkan servis tersebut menggunakan QR Code yang diberi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Digi menawarkan eSIM ini, anda boleh layari https://beta.digi.com.my/support/help-center/phones/esim.

Berminat untuk mendapatkan sistem perniagaan reload topup dan pembayaran bil ? Whatsapp ‘TOPUPVIRAL dan hantar ke 0177860670 atau klik disini : http://topupniaga.wasap.my.

Berminat untuk menjalankan perniagaan niche telekomunikasi ? Anda pasti berminat dengan informasi ini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.