Gangguan Rangkaian TuneTalk Penghujung 2019

Seperti yang tertera pada tajuk post kali ini, gangguan rangkaian TuneTalk pada penghujung 2019 ini berlaku bermula pada hari ini 9 Disember 2019 sehingga 13 Disember 2019 bertujuan untuk membaik pulih rangkaian di kawasan Klang Valley, Selangor, Johor dan Sabah. Proses baik pulih ini dilakukan oleh pasukan teknikal Celcom dan secara logiknya telco yang menggunakan rangkaian Celcom akan turut terjejas seperti Yoodo,Redone dan XOX.

Dalam proses penambah baikan perkhidmatan Celcom kepada pengguna mereka, aktiviti rangkaian terancang berfasa akan dijalankan dan diantara perkhidmatan yang dijangka akan mengalami gangguan ialah perkhidmatan servis data dan juga panggilan suara. Perkhidmatan ini akan pulih seperti sedia kala selepas aktiviti ini selesai.

Berkemungkinan besar pada masa akan datang, gangguan rangkaian ini akan berlaku pada kawasan-kawasan yang lain dengan tujuan yang sama memandangkan sebelum ini, saya ada menerima maklumat berkenaan aktiviti rangkaian terancang berfasa ini yang mana proses ini secara keseluruhan akan bermula pada 5 Disember 2019 dan akan berakhir pada 30 Mei 2020.

network maintenance celcom 2020

Apa-apa pun, daripada implikasi gangguan rangkaian tunetalk ini, kita akan merasai hasilnya pada tahun 2020 nanti. Tidak pelik untuk telco lain juga akan membuat penambah baikan terhadap rangkaian mereka seiring dengan teknologi 5G yang bakal digunakan secara meluas pada masa yang akan datang.

Dapatkan RM20 Kredit dan simkad Yoodo percuma disini : https://topupniaga.com/simkad-dan-rm20-percuma-daripada-yoodo.

Kenali Scam Panggilan Telefon di Malaysia disini : https://amirazman.my/scam-panggilan-telefon-di-malaysia.