Lazada PIN Disediakan Pada Sistem Topup Niaga

Bermula pada hari ini 14 Februari 2020, Lazada PIN sudah mula disediakan pada sistem yang digunakan oleh Topup Niaga Network. Lazada PIN ini boleh digunakan untuk tujuan pembelian barangan di Lazada dengan menggunakan fungsi Voucher Code yang disediakan oleh pihak Lazada pada laman web dan aplikasi mereka.

Fungsi Voucher Code ini sangat membantu lebih-lebih lagi bagi mereka yang tiada akses kepada perkhidmatan online banking atau mempunyai perkhidmatan online banking yang tergendala. Saya akan terangkan cara menggunakan Lazada PIN ini dengan lebih terperinci dibawah.

lazada pin srs topup

Anda boleh melihat LAZADAPIN berada dalam produk pilihan pada menu SOFTPIN. Sekiranya anda mendapati LAZADA PIN tiada, anda boleh klik pada My Account -> Setting -> Update Product dan produk anda akan dikemaskini. LAZADA PIN ini merupakan produk khas untuk pengguna sistem Topup Niaga Network.

Sebagai Dealer / Agen Topup Niaga Network, anda akan menerima keuntungan sebanyak 3% dari jumlah penjualan LAZADA PIN. Terdapat 3 pilihan harga LAZADA PIN yang tersedia buat masa sekarang iaitu RM30, RM50 dan RM100.

Caranya mudah, semasa ingin membuat order pada Lazada, anda boleh masukkan LAZADA PIN pada ruangan Enter Voucher Code dan klik Apply. Kemudian anda boleh place order dan pembelian akan berjaya sekiranya jumlah PIN yang dimasukkan mencukupi.

lazada pin srs mobile

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sistem Dealer atau Agen Topup Niaga, anda boleh layari : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda untuk maklumat lanjut.

Jom baca review Redmi Note 8 Pro saya disini : https://amirazman.my/review-redmi-note-8-pro.

Ketahui kelebihan menjadi Sales Agent Halo Telco disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-agent-halo-telco.