maxis melancarkan kadar pelan terbaru

Bermula pada 4 Jun 2020, Maxis melancarkan kadar pelan terbaru untuk kebanyakan pelan postpaid atau pascabayar mereka dengan penawaran data internet yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Ini merupakan berita baik bagi pengguna Maxis sama ada bagi pengguna sedia ada dan juga pengguna baru.

Diantara pelan yang mendapat penaiktarafan pelan data internet ialah :

  • Maxis Postpaid 68 (Sabah & Sarawak)
  • Maxis Postpaid 98
  • Maxis Postpaid 108
  • Maxis Postpaid 128
  • Maxis Postpaid 158
  • Maxis Postpaid 188
  • Maxis Postpaid Share 48
  • Maxis Postpaid 248
  • Maxis Postpaid 368
  • Tablet 28 Plan

Menurut Maxis, proses penaiktarafan ini akan berlaku dalam tempoh 4 Jun 2020 sehingga 10 Jun 2020 dan pengguna akan menerima SMS status penaiktarafan setelah penaiktarafan telah berjaya.

Kadar pelan terbaru daripada Maxis ini membuka peluang yang lebih besar kepada pengguna untuk memilih rangkaian telekomunikasi yang terbaik mengikut kawasan penggunaan pengguna dan bersaing dengan sihat dengan syarikat telekomunikasi yang lain di Malaysia.

Diharap syarikat telekomunikasi di Malaysia dapat menawarkan pelan yang terbaik kepada pengguna lebih-lebih lagi dengan perubahan norma masyarakat yang lebih celik IT semenjak wabak pandemik COVID-19 terjadi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Maxis mengenai penaiktarafan ini disini : https://www.maxis.com.my/support/products-and-services/mobile/maxis-postpaid-rate-plans-upgrade/about-maxis-postpaid-rate-plans-upgrade.

Ketahui cara menyemak bil tertunggak telco disini : https://topupniaga.com/cara-menyemak-bil-tertunggak-telco.

Ingin mendaftar sebagai Agen Unifi/Maxis Fibre ? Klik disini : https://amirazman.my/pendaftaran-agen-unifi-maxis-fibre.