Ookyo Beralih Kepada Hotlink

Pada 21 November yang lepas, Ookyo telah mengeluarkan notis pada laman web mereka berkenaan pelan Ookyo yang beralih kepada Hotlink bermula pada 21 Januari 2020. Ookyo merupakan salah satu syarikat telekomunikasi dibawah Maxis 4G dan diantara penyedia servis internet yang unik memandangkan memerlukan pengguna untuk menggunakan VPN untuk menggunakan servis mereka.

Menurut laman web mereka, pendaftaran baru untuk telco ookyo telah dihentikan bermula pada 21 November 2019 dan menyarankan pengguna untuk mendapatkan pelan Hotlink Starter Pack atau Hotlink Postpaid Flex di cawangan mereka yang berdekatan. Sekiranya anda masih mempunyai simkad ookyo yang belum diaktifkan, ianya masih boleh diaktifkan bermula pada 21 Januari 2020.

penukaran ookyo kepada hotlink

Selain itu, untuk pengguna sedia adda ookyo pula akan ditukarkan kepada pelan Hotlink RED secara automatik bermula pada 21 Januari 2020 dengan tawaran 8 GB data internet secara percuma untuk 30 hari dan penggunaan sosial internet tanpa had seperti Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat dan juga Pinterest.

Pengguna juga akan menikmati tawaran eksklusif dengan bayaran bulanan sebanyak RM30 sahaja sebulan berbanding dengan bayaran normal yang berharga RM45 untuk 12 bulan yang akan datang. Bagi mereka yang masih mempunyai baki pada pelan Ookyo, jangan risau kerana baki tersebut akan dipindahkan secara automatik kepada pelan Hotlink RED.

Apa yang berlaku kepada pengguna sedia ada ookyo pada 21 Januari 2020 ?

  • Pelan Ookyo beralih kepada Hotlink akan ditukar secara automatik kepada pelan Hotlink RED.
  • Pengguna akan menerima 8 GB data internet dan juga penggunaan sosial internet tanpa had.
  • Baki semasa pada pelan Ookyo akan dipindahkan kepada pelan Hotlink RED.
  • Baki Google Play Wallet tidak akan dipindahkan. Jadi perlu digunakan sebelum 20 Januari 2020 untuk pembelian di Google Playstore.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari : https://ookyo.zendesk.com/hc/en-us/articles/360036448211.

Dapatkan Simkad Dan RM20 Percuma Daripada Yoodo : https://topupniaga.com/simkad-dan-rm20-percuma-daripada-yoodo.

Jom daftar sebagai Dealer / Agen Topup : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.