Panggilan Percuma Sempena Aidilfitri 2021

SKMM pada hari ini mengumumkan penawaran panggilan percuma untuk kesemua syarikat telekomunikasi di Malaysia sempena perayaan aidilfitri 2021 pada tahun ini. Menurut kenyataan media yang diumumkan oleh SKMM, ini adalah inisiatif untuk mengekang COVID-19 daripada terus menular dalam keadaan rakyat Malaysia kini yang perlu berhari raya dengan suasana norma baharu.

Diantara syarikat telekomunikasi yang telah bersepakat untuk menawarkan panggilan percuma kesemua rangkaian ini termasuklah Celcom, Digi, Maxis, REDtone, TM Unifi, TIME dotcom, Tune Talk, U Mobile, Yoodo dan juga YES.

Pengguna boleh menikmati panggilan percuma ini mulai jam 10 malam pada 12 Mei 2021 sehinggalah 10 pagi pada 13 Mei 2021 dalam tempoh lebih kurang 12 jam mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat telekomunikasi masing-masing.

Apa pendapat anda mengenai panggilan percuma sempena aidilfitri 2021 pada kali ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

Daftar Sebagai Dealer & Agen Topup Niaga : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.