Pelan Jaringan Prihatin Celcom

Seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini, Pelan Jaringan Prihatin Khas untuk Celcom juga sudah diumumkan semalam. Hampir sama seperti syarikat telekomunikasi yang lain, Celcom juga menawarkan rebat sehingga RM180 untuk pelan yang mereka tawarkan dan rebat sehingga RM300 untuk pembelian telefon baru kepada mereka yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Pelan Jaringan Prihatin ini terbuka kepada pengguna Prepaid (prabayar) dan juga Postpaid (pascabayar) melalui pelan yang terpilih.

Terdapat 5 pelan prabayar yang mendapat potongan rebat RM15 untuk setiap bulan selama setahun seperti dibawah.

pelan celcom jaringan prihatinsemak bpr celcom

Selain itu, data tambahan harian Jaringan Prihatin sebanyak 2 GB juga diberikan untuk kesemua pelan prabayar terpilih.

jaringan prihatin postpaid celcom

Untuk pengguna pascabayar pula, pengguna diberi pilihan sama ada menikmati sehingga RM300 untuk rebat pembelian telefon pintar baru atau nikmati rebat sehingga RM25/bulan untuk pelan pascabayar dengan telefon percuma selama setahun.

pelan rebat celcom rm15

Selain itu, pelan pascabayar juga tidak terlepas untuk menerima rebat tambahan sehingga RM60 dan data harian Jaringan Prihatin sebanyak 2 GB.

Terdapat pelbagai variasi tawaran rebate telefon pintar serta pelan seperti dibawah.

rebat celcom xp lite bpr

rebat telefon celcom xp lite

rebat telefon xp lite

Untuk membuat semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan Pelan Jaringan Prihatin Khas dari Celcom ini, anda boleh semak kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat disini : https://bpr.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx.

cara menebus jaringan prihatin celcom

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Celcom disini : https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin.

Bagaimana dengan pendapat anda mengenai Pelan Jaringan Prihatin daripada Celcom ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

Daftar Sebagai Dealer & Agen Topup Niaga : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.