Pelan Jaringan Prihatin Khas Halo Telco

Seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini, Pelan Jaringan Prihatin Khas untuk Halo Telco juga sudah diumumkan oleh founder Halo Telco pada hari ini. Untuk makluman anda, penerima Pelan Jaringan Prihatin ini dipilih berdasarkan kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dimana penerima akan menikmati subsidi pembelian telefon baru dari RM180 sehingga RM300 serta subsidi pelan langganan sehingga RM180 setahun.

pelan jaringan prihatin m6 halotelco

Jaringan Prihatin Khas ini memberikan rebat sebanyak RM15 sebulan untuk setiap pelan dari Halo Telco. Sebagai contoh, pelan M6 yang berharga RM28 sebulan akan menjadi RM13 sahaja sebulan beserta data tambahan Jaringan Prihatin sebanyak 60 GB. Menurut pengumuman dari Halo Telco juga, mereka akan memastikan tambah nilai RM15 akan memberikan tempoh aktif selama 30 hari.

pelan jaringan prihatin m10 halotelco

pelan jaringan prihatin TUNEUNL

Begitu juga dengan pelan M10 serta TUNEUNL juga diberikan rebat sebanyak RM15 untuk setiap bulan beserta data tambahan Jaringan Prihatin sebanyak 60 GB.

pelan jaringan prihatin y120 halotelco

Sedikit berbeza dengan pelan Y120, pelan ini ditawarkan dengan hanya RM20 sahaja tahunan dengan data bulanan sebanyak 10 GB data berkelajuan tinggi beserta data tambahan Jaringan Prihatin sebanyak 60 GB.

Untuk Halo Phone Bundle pula, terdapat 2 pilihan yang telah diumumkan seperti dibawah.

halo phone bundle y120

halo phone bundle m6

Untuk Halo Phone Bundle dengan hanya RM418, anda boleh mendapatkan sebuah telefon pintar Vivo berharga RM398 beserta langganan pelan Y120 tanpa apa-apa kontrak manakala untuk Halo Phone Bundle dengan harga RM248 pula, anda boleh mendapatkan sebuah telefon pintar Vivo berharga RM400 beserta langganan pelan M6 dengan kontrak selama 12 bulan.

halo phone bundle telefon percuma

Selain itu, terdapat juga Halo Phone Bundle telefon percuma dimana anda boleh mendapatkannya dengan bayaran pertama sebanyak RM234 (RM138+RM96) beserta langganan pelan M20 yang memberikan 20 GB data kelajuan tanpa had serta 60 GB data Jaringan Prihatin. Pelan ini akan terikat dengan kontrak selama 12 bulan dengan bayaran hanya RM42/bulan sahaja setelah ditolak rebate sebanyak RM8/bulan selama setahun,

pelan harga phone bundle halotelco

spesifikasi vivo y1s

Anda boleh membuat pendaftaran untuk Program Jaringan Prihatin Halo Telco diaplikasi HaloTelco. Pendaftaran perlu dibuat sebelum 31 Julai 2021.

daftar prihatin halotelco

Untuk membuat semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan Jaringan Prihatin ini, anda boleh semak kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat disini : https://bpr.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx.

Untuk maklumat sepenuhnya, anda boleh lihat video pengumuman penuh daripada Founder Halo Telco disini :
https://www.facebook.com/halotelcohq/videos/280718090350453.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

Daftar Sebagai Dealer & Agen Topup Niaga : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.