Redone Melancarkan Pelan Sokongan Kewangan

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berjalan, Redone melancarkan pelan sokongan kewangan untuk membantu Sales Partner Redone yang terkesan dengan isu COVID-19 yang melanda negara kita. Ini sudah semestinya membantu agen-agen sah Redone lebih-lebih lagi apabila sumber pendapatan yang sangat tidak menentu pada ketika ini.

Diantara pelan sokongan kewangan yang diberikan kepada Sales Partner Redone ialah :

  1. Kesemua Exclusive Premier Shop dan Gold Partner akan menerima subsidi sewaan penuh untuk kedai dan kiosk semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
  2. Non-exclusive Redone Dealer akan menerima subsidi penuh sebanyak RM1000 dengan bayaran 2 kali pada bulan April dan Mei jika memenuhi kriteria yang tertentu.
  3. Agen Personal yang tiada premis tetap akan menerima subsidi sebanyak RM300 pada bulan April jika memenuhi kriteria yang tertentu.
  4. Kesemua pembayaran tertunggak daripada agen sah Redone seperti yuran, pembelian telefon dan sebagainya akan ditangguhkan selama 2 bulan sehingga Jun 2020.
  5. Top 500+ Redone Partner akan menerima insuran berkenaan kemalangan diri dan COVID-19 secara percuma bermula pada 1 April 2020.

Pihak Redone membelanjakan hampir RM3 juta ringgit untuk subsidi berkaitan sewaan dan tunggakan pembayaran, serta memperuntukkan sebanyak RM10 juta ringgit kepada Sales Partner Redone sebagai pinjaman sekiranya memerlukan. Bergantung kepada pendapatan mereka sekarang, mereka boleh meminjam sekurang-kurangnya RM6,000 dan sehingga RM60,000. Pembayaran balik hanya akan bermula pada bulan Ogos dan boleh dibuat dalam tempoh masa 24 bulan.

“Sales Partner Redone akan menerima komisen bulanan berdasarkan pembayaran bil pelanggan mereka. Jadi walaupun mereka tidak dapat keluar untuk melakukan penjualan baru, mereka masih menerima pendapatan pasif ketika duduk dengan selamat di rumah.

“Namun, ramai yang mengalami kesulitan dengan sewa dan gaji dalam tempoh ini dan kami merasakan menjadi tanggungjawab kami untuk menyokong rakan kongsi dan kawan setia kami,” kata Chief Sales Officer Redone, iaitu Ben Teh.

Ditubuhkan pada tahun 2012, redONE adalah pengendali rangkaian maya mudah alih pertama di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan pasca bayar yang berpatutan, dengan pelan yang bermula dari serendah RM8 sebulan.

Ketahui Pelan Terbaru Redone disini : https://topupniaga.com/redone-memperkenalkan-pelan-amazing-2020.

Berminat untuk menjana pendapatan bersama Redone ? Klik disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.

Langkah-langkah pencegahan COVID-19 disini : https://amirazman.my/langkah-pencegahan-covid-19.