Redone Memperbaharui Pelan Tanpa Kontrak

Bermula pada 3 Ogos 2020 ini, Redone telah memperbaharui pelan standard mereka yang sebelum ini mempunyai kontrak selama 6 bulan kepada pelan yang TANPA KONTRAK. Ini bermaksud, bermula pada tarikh tersebut, tiada kontrak dikenakan kepada pendaftaran baru. Walau bagaimanapun, pendaftaran sebelum 3 Ogos 2020 sebelum ini masih terikat dengan kontrak 6 bulan yang telah dilaksanakan sebelum ini.

pelan redone postpaid tiada kontrak

Baru mereka yang mendaftar talian baru, atau MNP Port in daripada rangkaian lain bermula pada 3 Ogos 2020 tidak lagi akan terikat dengan kontrak seperti sebelum ini. Ini bermaksud pengguna boleh menamatkan servis atau port in kepada rangkaian lain pada bila-bila masa berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh SKMM. Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang melanggan nombor premium, masih lagi terikat dengan kontrak selama 24 bulan.

Selain itu, untuk pelan bundle dan juga pelan projek istimewa, kontrak untuk pelan tersebut adalah mengikut kepada polisi projek yang telah ditetapkan.

Saya akan senaraikan pelan penambahbaikan Redone bermula pada 3 Ogos 2020 dibawah :

perbaharuan pelan amazing ogos 2020

perbaharuan pelan family redone ogos 2020

perbaharuan pelan red plan redone ogos 2020

perubahan pelan data28 redone ogos 2020

Berdasarkan perbaharuan yang dibuat oleh Redone bermula pada 3 Ogos 2020 ini serta pengumuman-pengumuman lain yang berkaitan sebelum ini memperlihatkan Redone sudah mahu menerima mana-mana pengguna termasuklah pengguna yang telah disenarai hitam oleh syarikat telekomunikasi dan melonggarkan syarat penggunaan dengan tidak lagi mengenakan kontrak selama 6 bulan kepada pengguna.

Pendapat peribadi saya, selain daripada memperbaharui pelan tanpa kontrak, Redone juga perlu memperbaharui pelan mereka kepada pelan yang lebih kompetitif untuk bersaing dengan syarikat telekomunikasi lain yang memberikan tawaran yang menarik walaupun hanya menggunakan pelan prepaid atau prabayar sahaja.

Polisi Pendaftaran Redone Terbaru Ogos 2020 : https://topupniaga.com/polisi-pendaftaran-redone-terbaru-ogos-2020.

Masalah Apabila Diblacklist Oleh Telco : https://amirazman.my/masalah-apabila-diblacklist-oleh-telco.