Redone Memperkenalkan Addon RedDaily

Redone telah memperkenalkan addon terbaru mereka, iaitu RedDAILY yang sebelum ini diperkenalkan sebagai RedSURF. Addon ini tersedia dalam pelan Amazing 38 dan Amazing 58 sahaja sebagai salah satu cara Redone memberikan data dengan berkelajuan yang dihadkan kepada pengguna untuk menawarkan data yang lebih tinggi pada pelan mereka. Anda boleh lihat penawaran pelan tersebut seperti dibawah.

redone amazing plan 2022

RedDAILY menawarkan penggunaan data berkelajuan 3 Mbps dengan pengggunaan harian sebanyak 1.5 GB untuk pelan Amazing 58 dan 1 GB untuk pelan Amazing 38. Data RedDAILY ini boleh digunakan untuk pelbagai dan terhad mengikut pelan yang dilanggan. Data harian RedDAILY ini akan tamat pada setiap hari jam 11.59 malam jika tidak digunakan sepenuhnya.

Menurut laman web Redone, dibawah adalah utilization data usage mengikut prioriti data seperti dibawah :

redone data utilization 2022

Berdasarkan jadual diatas, prioriti data digunakan pada redDaily, kemudian data addon, data berkelajuan tinggi 4G LTE, pembelian data tambahan dan terakhir sekali basic internet 64kbps. Dari apa yang saya faham secara personal, pengguna ‘dipaksa’ menggunakan data berkelajuan pada had 3Mbps terlebih dahulu, kemudian barulah data addon dan data 4G LTE digunakan.

Sekiranya ini betul, agak melecehkan juga bagi pengguna yang memerlukan data berkelajuan lebih tinggi dari 3Mbps pada awal penggunaan setiap hari melainkan data RedDAILY telah sepenuhnya digunakan.

Pelan Redone ini mampu menawarkan data berkelajuan tinggi dengan jumlah quota yang agak tinggi dan menarik, tetapi memerlukan ‘pengorbanan’ kelajuan semasa data RedDAILY digunakan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Redone : https://www.redone.com.my/postpaid/amazing_plan.

Adakah pelan ini berbaloi ? Untuk unlimited call serta data berkelajuan tinggi yang ditawarkan, sudah semestinya pelan ini berbaloi lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggunakan data internet berkelajuan tinggi sekitar 1-2 GB sehari.

Sekiranya penggunaan data anda lebih tinggi daripada yang dinyatakan diatas, mungkin anda boleh dapatkan pelan HYBRID50U yang menawarkan data internet berkelajuan 3Mbps dengan FUP penggunaan bulanan sebanyak 100 GB.

Berminat untuk mendapatkan pelan Amazing atau HYBRID50U daripada Redone ? Dapatkannya disini : https://shop.topupniaga.com/pembelian-sim-redone.

Daftar sebagai agen topup menggunakan aplikasi Topup Niaga percuma sahaja ! Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Jika berminat dengan informasi mengenai teknologi, IT dan telekomunikasi, boleh join group Telegram ini : https://t.me/TechNTelco.