Redone Memperkenalkan RedSPOT Hotspot Pass

Bermula pada 19 Ogos 2021, Redone telah memperkenalkan addon terbaru mereka iaitu RedSPOT Hotspot Pass dimana addon ini memberikan 10 GB hotspot data pada kelajuan 3 Mbps dengan hanya RM10 sahaja. Redone diantara syarikat telekomunikasi yang tidak mengecewakan dengan addon mereka yang pelbagai dan pengguna boleh memilih addon yang tersedia mengikut penggunaan harian pengguna.

Addon RedSPOT Hotspot Pass ini boleh dilanggan oleh pengguna Redone yang melanggan pelan Hybrid50U, xHybrid50U, Hybrid50R, TFC50, Wira50U dan Digital50U. Pelan Amazing tidak disenaraikan sebagai pelan yang layak untuk melanggan pelan ini. Dengan kata lain khas untuk Hybrid50U sahaja.

cara melanggan redone hotspot

RedSPOT Hotspot Pass ini boleh dilanggan sama ada melalui ulangan bulanan atau tambahan 1-kali. Ulangan bulanan bermaksud langganan RedSPOT Hotspot Pass ini akan dilanggan secara automatik untuk bulan-bulan seterusnya manakala tambahan 1-kali hanya untuk langganan sekali sahaja.

Seperti pelan Redone yang lain, langganan akan diperbaharui pada setiap 1 haribulan dan ini bermakna data RedSPOT ini akan berakhir pada akhir bulan. Oleh itu anda perlu merancang penggunaan data hotspot sebaiknya supaya data tersebut dapat dimanfaatkan daripada berlakunya pembaziran apabila tidak digunakan sepenuhnya.

Anda boleh mendapatkan pelan Redone melalui produk yang ada di Shopee : https://shopee.com.my/reunitero1992 .

Atau klik disini untuk auto whatsapp kami : https://telcomurah.wasap.my.

Daftar Sistem Jualan Topup Niaga : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.