redone menawarkan redmusic

Redone secara rasminya menawarkan servis perkhidmatan terbaru mereka, redMUSIC bermula pada 2 Oktober 2019 kepada pengguna mereka. Dengan penawaran ini, kita dapat lihat redMUSIC dan redSOCIAL mula ditawarkan pada hari yang sama menjadi pelengkap kepada servis perkhidmatan tambahan mereka sebelum ini iaitu redVIDEO, redCALL dan redSMS.

Penawaran redMUSIC memberikan pengguna data tanpa had untuk penggunaan streaming muzik dengan komitmen tambahan sebanyak RM5 sahaja sebulan. RedMUSIC ini boleh dilanggan sebagai servis perkhidmatan tambahan untuk kesemua pelan kecuali pelan M2M, FMS, MyFon, SME dan juga Deskphone Plan.

Terdapat beberapa platform streaming muzik yang disokong untuk redMUSIC buat masa ini antaranya seperti dibawah :

redmusic services app

senarai redmusic redone

Untuk mengaktifkan redMUSIC, anda boleh gunakan USSD *123#, aplikasi Redone 1 App, menghantar SMS <ON redMUSIC> ke 23388 atau dengan menghubungi talian khidmat pelanggan Redone.

Cara langganan redMUSIC menggunakan USSD :

cara melanggan redmusic

cara sms redmusic

Cara langganan redMUSIC menggunakan Redone 1 App :

redmusic redone 1app

langganan addon redone

Cara langganan redMUSIC menggunakan SMS :

langganan redmusic sms

Servis tambahan redMUSIC ini sangat sesuai untuk pengguna yang sering menggunakan platform streaming lagu seperti yang telah disenaraikan diatas. Dengan komitmen tambahan RM5 sahaja sebulan, anda boleh menjimatkan penggunaan data internet utama yang dibekalkan mengikut pelan yang telah anda langgan.

Buat masa ini, maklumat berkenaan penawaran terkini untuk servis perkhidmatan tambahan masih belum dikemaskini pada laman web rasmi Redone. Berkemungkinan besar mereka akan mengemaskini maklumat tersebut bermula pada 2 Oktober 2019 ini.

Menurut saya, apabila Redone menawarkan redMUSIC ini serta servis perkhidmatan tambahan yang lain, dapat memberikan pengguna mereka pilihan untuk melanggan perkhidmatan yang sepatutnya bergantung pada penggunaan bulanan pengguna. Bagaimana pula dengan pendapat anda ?

Jom baca Pelan Terbaru Redone Oktober 2019 disini : https://topupniaga.com/pelan-terbaru-redone-oktober-2019.

Berminat untuk menjadi Agen Sah Redone ? Klik disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.