Soal Jawab GST Topup 2016

gst topup

Pelbagai persoalan timbul akhir-akhir ini apabila kerajaan mengumumkan GST topup akan dimansuhkan. Sebenarnya bukanlah dimansuhkan, tetapi diserap oleh kerajaan. Untuk memberi penjelasan terhadap isu ini, anda boleh lihat beberapa soal jawab tentang GST yang dikenakan pada topup pada tahun 2016.

S: Betulkah bermula 1/1/2016 gst topup dimansuhkan?

J: Bermula 1/1/2016, gst topup diserap oleh kerajaan. Bukan dimansuhkan. Namun hanya berkuatkuasa setahun. Bermula 1/1/2017 gst topup kembali semula.

S: Kenapa harga kad topup di pasaran sudah berharga rm10? Ereload masih lagi rm10.60? Sedangkan masih belum sampai 1/1/2016.

J: Ye benar, kad topup di pasaran berharga rm10 sahaja. Namun jika anda memasukkan nilai kad itu ke dalam prabayar anda, anda hanya dapat nilai 9.43 sahaja.

Hanya bila 1/1/2016, anda akan dapat nilai penuh rm10.

Ereload akan automatik bernilai rm10 bila 1/1/2016.

S: Adakah semua pengguna akan dapat serapan gst ini?

J: Tidak, hanya pengguna prabayar tempatan sahaja dapat serapan gst ini.
Pasca bayar (bil) tidak layak mendapat serapan gst ini.

Begitu juga bukan warganegara, jika simkad itu didaftarkan atas nama pengguna bukan warganegara, pengguna tersebut hanya akan mendapat nilai rm9.43 sahaja apabila menambah nilai. Penolakan ini dilakukan automatik oleh sistem.

Ada sebarang pertanyaan mengenai perkara ini? Jangan malu jangan segan ajukan pertanyaan di bahagian komen.

Sumber : https://www.facebook.com/Bisneseload