status aplikasi srs mobile topup niagaDalam post kali ini saya akan jelaskan dengan lebih terperinci status aplikasi SRS Mobile yang Topup Niaga Network gunakan.

Status Aplikasi SRS Mobile yang saya ingin jelaskan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

  1. Status Tambah Modal
  2. Status Transaksi Jualan

Status Tambah Modal

Apabila anda tambah modal dan telah submit maklumat tambah modal menggunakan Aplikasi/Web/SMS, pengurusan bahagian tambah modal memerlukan masa sekitar 5 minit hingga 2 jam untuk proses semakan dan pengesahan modal.

Status tambah modal terbahagi kepada 3 iaitu PENDING, SUCCESS dan REJECTED. Anda boleh lihat status tambah modal anda di http://reload.dyndns.org:8009/BankIn.aspx dengan cara login akaun SRS Mobile anda dan klik pada bahagian BankIn.

status aplikasi srs mobile

PENDING bermaksud maklumat tambah modal anda masih belum disemak oleh pengurusan bahagian tambah modal. Apa yang perlu anda lakukan ialah tunggu sahaja beberapa ketika sehingga status PENDING tersebut bertukar kepada SUCCESS atau REJECTED.

SUCCESS pula bermaksud tambah modal anda telah berjaya dan telah dikreditkan didalam sistem SRS Mobile anda. Kebiasaannya anda akan terima SMS pemberitahuan bahawa modal anda telah dimasukkan.

Berbeza pula dengan REJECTED, dimana berkemungkinan maklumat yang anda masukkan salah ataupun tidak tepat samada nilai bankin, tarikh, masa, ataupun bank yang anda gunakan untuk bankin modal. Sekiranya anda pasti maklumat anda tepat, tetapi sistem tetap reject, anda boleh terus hubungi careline dan sediakan screenshot resit untuk memudahkan pengurusan dan semakan semula.

Status Transaksi Jualan

Setelah anda lakukan transaksi jualan menggunakan Aplikasi/Web/SMS, anda boleh rujuk semula status transaksi tersebut untuk semakan. Transaksi jualan ini anda boleh lihat sehingga 10 hari kebelakang sahaja. Jadi saya sarankan anda simpan data transaksi jualan secara mingguan sekiranya anda memerlukan data tersebut dengan lebih terperinci.

Status transaksi jualan terbahagi kepada 4 iaitu PENDING, COMPLETED, SUCCESS dan juga REFUNDED. Anda boleh lihat status ini pada aplikasi SRS Mobile ataupun WebServer disini : http://reload.dyndns.org:8009.

PENDING bermaksud transaksi anda sudah diterima oleh sistem dan anda perlu tunggu seberapa lama yang mungkin untuk status ini bertukar menjadi SUCCESS atau REFUNDED. Sekiranya pending terlalu lama, berkemungkinan terdapat gangguan daripada telco tersebut ataupun berkaitan dengan masalah teknikal. Sekiranya bayaran bil, masa yang diambil adalah sekitar 4 jam sehingga 24 jam paling lama.

COMPLETED pula bermaksud transaksi tersebut sudah diterima oleh sistem dan transaksi tersebut sudah diproses oleh telco. Anda cuma perlu tunggu status ini bertukar kepada SUCCESS atau refunded. Sekiranya complete terlalu lama, berkemungkinan terdapat gangguan daripada telco tersebut ataupun berkaitan dengan masalah teknikal.

SUCCESS pula bermaksud transaksi tersebut sudah diterima sistem dan transaksi tersebut sudah berjaya. Sekiranya status success tetapi topup masih tidak diterima oleh pelanggan, anda boleh hubungi careline untuk semakan semula. Manakala REFUNDED pula bermaksud anda telah memasukkan nombor telefon, nilai atau telco yang salah. Sila submit semula transaksi dengan maklumat yang betul dan tepat.

Diharap post berkaitan ‘Status Aplikasi SRS Mobile Topup Niaga’ ini dapat membantu memudahkan pengurusan anda dalam perniagaan topup.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai status aplikasi SRS Mobile Topup Niaga, anda boleh komen atau hubungi kami melalui mana-mana saluran dibawah :

Facebook : Topup Niaga
Whatsapp : +60177860670
Email : admin@topupniaga.com

Anda ingin menjadi Sales Advisor Redone ? http://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone

Ingin menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? http://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda