Topup Niaga Menyediakan Shopee Voucher PIN

Pada baru-baru ini, Topup Niaga telah mula menyediakan pelbagai produk baru termasuklah Shopee Voucher PIN. Untuk mendapatkan produk-produk terbaru ini, anda boleh kemaskini aplikasi Topup Niaga seperti yang tertera pada group telegram yang telah kita sediakan pada aplikasi Topup Niaga.

Cara untuk membuat tambah nilai Shopee Voucher PIN menggunakan aplikasi Topup Niaga sangat mudah. Anda boleh ikuti langkah seperti berikut :

  1. Login aplikasi Topup Niaga dan pilih produk SHOPEE pada menu DIGITAL VOUCHER. Pastikan anda mempunyai modal yang mencukupi pada aplikasi Topup Niaga.
  2. Masukkan nombor telefon pelanggan atau anda kemudian masukkan amaun pembelian yang diingini.
  3. Klik pada History Transaksi dan dapatkan PIN tersebut.
  4. Masukkan PIN tersebut pada aplikasi Shopee di menu Me -> My Vouchers -> Input Promo Code.
  5. Tambah nilai akan berjaya jika maklumat yang dimasukkan tepat dan tiada masalah.

Untuk memudahkan anda memahami proses yang dinyatakan diatas, anda boleh tonton dan ikuti video yang kami sediakan dibawah.

Namun diingatkan, produk Shopee Voucher PIN ini hanya boleh digunakan untuk produk daripada Shopee Mall atau Preferred Sellers sahaja dan tidak boleh digunakan untuk produk seperti yang tertera pada gambar dibawah. Sila pastikan produk yang ingin dibeli merupakan produk daripada Shopee Mall atau Preferred Sellers dan produk tersebut tidak tersenarai pada kategori T&C yang tidak dibenarkan oleh pihak Shopee.

Kadar keuntungan dari jualan Shopee Voucher PIN ini sangat rendah iaitu 1% sahaja, namun kemungkinan besar berguna kepada pengguna yang tidak cekap dalam menggunakan ShopeePay atau kaedah pembayaran lain yang tersedia di platform Shopee. Saya secara peribadi tidak menggalakkan penjualan Shopee Voucher PIN ini melainkan pembeli tahu cara menggunakannya serta syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti saya nyatakan diatas.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tambah nilai game mobile dengan harga yang murah dan kadar yang tinggi, boleh lihat maklumat pendaftaran sistem Topup Niaga disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Semoga tutorial ini bermanfaat dan membantu anda. Selamat maju jaya.

Daftar Sebagai Dealer/Agen Topup Niaga Disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Dapatkan internet stabil dan pantas dari Unifi Fibre : https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business.

Jika berminat dengan informasi mengenai teknologi, IT dan telekomunikasi, boleh join group Telegram ini : https://t.me/TechNTelco.