tutorial pembayaran tnbbill menggunakan srs topup

Pada tutorial kali ini saya akan menjelaskan cara membuat pembayaran TNBBILL menggunakan aplikasi SRS Topup. Untuk pengetahuan anda, aplikasi SRS Topup merupakan aplikasi yang boleh digunakan untuk pembelian tambah nilai syarikat telekomunikasi termasuk tambah nilai game online, pembayaran bil dan pelbagai lagi jenis pembayaran pada masa akan datang dengan kadar keuntungan sehingga 10%.

Untuk mendapatkan akses sebagai Dealer atau Agen Topup Niaga, anda boleh dapatkan maklumat lanjut disini : DAFTAR SRS TOPUP.

Tutorial ini hanya boleh diikuti bagi mereka yang mempunyai akses kepada SRS Topup sahaja seperti dibawah.

  1. Login aplikasi SRS Topup dan klik pada menu ‘Bill Payment’.
    tutorial pembayaran bil tnb
  2. Kemudian, klik pada menu ‘TNBBILL’.
    cara bayar bil tnb
  3. Isi nombor akaun TNB (12 digit), amaun yang ingin dibayar dan nombor telefon pelanggan. Pastikan kredit atau modal anda mencukupi. Kemudian klik pada ‘PROCESS PAYMENT’.
    tnbbill srs topup
  4. Semak dan pastikan nombor akaun dan jumlah pembayaran adalah seperti yang tertera. Kemudian, klik ‘PROCESS TO CHECKOUT’.
    kaedah pembayaran bil tnb
  5. Pembayaran telah berjaya. Anda boleh print atau share receipt untuk diberikan kepada pelanggan serta untuk semakan pada masa akan datang.
    bayar bil aplikasi topup

Anda boleh menyemak status transaksi dalam check transaction untuk memastikan status pembayaran adalah SUCCESS. Kebiasaannya, bil utiliti akan mengambil masa selewat-lewatnya 4-24jam malahan ada juga sistem yang mengambil masa 1-3 hari untuk kemaskini pada portal mereka.

Diharap tutorial pembayaran TNBBILL menggunakan aplikasi SRS Topup ini dapat membantu anda memahami proses pembayaran ini untuk mengelakkan berlakunya kesilapan.

Cara Membuat Semakan Blacklist Telco : https://topupniaga.com/cara-membuat-semakan-blacklist-telco.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telekomunikasi : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.