Tutorial Verify Account SRS Topup

Tutorial Verify Account SRS Topup ini adalah khas untuk pengguna aplikasi SRS Topup yang sebelum ini dikenali sebagai SRS Mobile. Fungsi verify account ini hanya hadir pada aplikasi terkini SRS Topup yang mana merupakan salah satu langkah bijak daripada pihak penyedia sistem SRS untuk mengelakkan penipuan ataupun scam daripada terus berlaku.

srs topup status pending

Sebelum ini ramai yang bertanya saya mengapakah akaun mereka berada dalam status pending selepas berjaya mengakses aplikasi ini. Status akaun pengguna SRS Topup akan dipaparkan ‘PENDING’ apabila pengguna masih belum membuat verifikasi akaun mereka dan peringatan sering diberikan kepada mereka yang masih belum melakukan proses verifikasi tersebut.

Untuk makluman anda, verify account SRS Topup ini sebenarnya masih lagi tidak wajib dilakukan oleh pengguna kerana walaupun akaun anda masih belum menjalani proses verifikasi, anda masih boleh membuat transaksi dan tambah modal seperti biasa. Memandangkan sistem ini masih lagi diberikan kelonggaran kepada pengguna, saya sarankan anda untuk mengabaikan proses ini dan membuat transaksi serta tambah modal seperti biasa.

verifikasi akaun srs verify akaun srs
Walaupun begitu, anda masih boleh membuat verifikasi akaun SRS Topup dengan menyertakan lampiran dokumen berikut :

  1.  Gambar paparan IC pada bahagian hadapan.
  2. Gambar paparan IC pada bahagian belakang.
  3. Gambar paparan IC serta wajah pengguna.

Kemudian, penyedia sistem SRS akan mengambil masa yang tertentu untuk menjalankan proses verifikasi sehingga selesai. Ingin saya tekankan disini, proses verifikasi ini dijalankan oleh penyedia sistem SRS, bukan dijalankan oleh syarikat reload yang anda sertai.

Seperti yang saya maklumkan diatas, saya tidak menggalakkan pengguna sistem daripada ahli Topup Niaga Network untuk membuat verifikasi akaun melainkan fungsi ini sudah menjadi sesuatu yang perlu dilakukan mungkin pada masa yang akan datang.

Diharap post saya pada kali ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan mengenai status akaun serta proses verifikasi akaun SRS Topup secara umum kepada pengguna-pengguna sistem ini. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh tinggalkan komen pada ruangan komen yang disediakan dibawah.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sistem perniagaan reload topup dan pembayaran bil, anda boleh Whatsapp ‘TOPUPVIRAL dan hantar ke 0177860670 atau klik disini : http://topupniaga.wasap.my.

Berminat untuk menjalankan perniagaan niche telekomunikasi ? Anda pasti berminat dengan informasi ini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.