U Mobile Menawarkan Ultra Unlimited Home Fibre

Pada beberapa hari lepas, U Mobile telah mula menawarkan Ultra Unlimited Broadband Home Fibre yang menggunakan fibre optik hasil kerjasama dengan anak syarikat Tenaga Nasional, iaitu Allo Technology.

Penawaran Ultra Unlimited Broadband Home Fibre ini juga terikat kepada kawasan yang menyokong rangkaian Allo Technology iaitu sekitar Melaka, Cyberjaya, Perak dan juga Kedah dan buat masa ini hanya menerima pengguna mereka sahaja sebagai pelanggan.

u mobile home fibre

Yang menariknya, U Mobile turut menawarkan rebat sebanyak 50% untuk 24 bulan langganan serta menikmati langganan bulan pertama secara percuma kepada pengguna mereka yang melanggan pelan GX68, P79, P99 atau P139. Pada pendapat peribadi saya, ini adalah satu penawaran yang sangat baik dan berbaloi bagi pengguna U Mobile.

Tawaran untuk pelan Ultra Unlimited Home Fibre berkelajuan 1 Gbps yang berharga RM299/bulan ditawarkan dengan hanya RM149.50/bulan bagi pengguna P99 dan ke atas manakala untuk 500 Mbps yang berharga RM199/bulan pula ditawarkan dengan hanya RM99.50/bulan bagi pengguna P70 dan ke atas. Begitu juga dengan 100 Mbps yang berharga Rm129/bulan ditawarkan pada harga RM64.50/bulan bagi pengguna GX68 dan ke atas.

Sejak pandemik COVID-19, terdapat pelbagai sektor ekonomi serta pendidikan yang terjejas dan bagi mereka yang memerlukan internet yang stabil di rumah, saya sangat sarankan anda mendapatkan pelan ini sekiranya perkhidmatan ini tersedia di rumah anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Ultra Unlimited Home Fibre U Mobile ini, anda boleh layari laman rasmi mereka : https://www.u.com.my/plans/broadband/fibre-broadband.

Daftar Sistem Jualan Topup Niaga : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.