Unlimited Internet Tunetalk Serendah RM1

Dalam pelbagai pelan unlimited data pada hari ini, Tunetalk juga tidak ketinggalan dengan pelancaran pelan unlimited internet Tunetalk serendah RM1 sehari. Agak menarik pelan ini dan saya boleh katakan agak berbaloi bagi pengguna aplikasi sosial dan juga muzik.

Pelan serendah RM1 sehari ini tertakluk kepada jenis pelan yang ditawarkan sama ada Unlimited Chat yang merangkumi aplikasi Wechat, Whatsapp, Instant Messaging Platform dan juga Viber. Untuk pelan Unlimited Social pula, aplikasi yang ditawarkan pelan internet tanpa had adalah Instagram, Facebook dan juga Twitter. Bagi pelan Unlimited Music pula, platform aplikasi yang ditawarkan adalah JOOX, KKBOX, Raku dan juga Hungama.

pelan tunetalk harian dan bulanan

Selain itu, Tunetalk juga menawarkan pelan harian serendah RM1/hari dimana pelan ini memberikan 300MB data internet berkelajuan tinggi, panggilan tanpa had ke rangkaian Tunetalk dan juga 10GB internet berkelajuan basic. Untuk pelan mingguan pula, Tunetalk menawarkan pelan mingguan serendah RM10/7 hari dengan data internet sebanyak 2GB, panggilan tanpa had ke rangkaian Tunetalk dan juga 10 GB internet berkelajuan basic.

pelan tunetalk bulanan dan tahunan

Yang menariknya, Tunetalk bukan sahaja menawarkan pelan bulanan, malah juga pelan tahunan dengan harga yang amat menarik. Namun pelan pada paparan diatas ini akan diperbaharui secara automatik sekiranya baki kredit mencukupi setelah tamat tempoh pelan tersebut.

Untuk maklumat lanjut berkenaan penawaran unlimited internet Tunetalk serendah RM1 ini, anda boleh layari : https://www.tunetalk.com/my/en/coolplan/data/sureone .

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? Baca : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda .

Berminat untuk mendapatkan pelan panggilan tanpa had ? Baca : http://topupniaga.com/pelan-panggilan-tanpa-had-termurah .