Yoodo Mengumumkan Sokongan VoWiFi

Pada hari ini, Yoodo telah mengumumkan sokongan VoWiFi dimana ianya sedikit berbeza dengan VoLTE yang telah diumumkan sebelum ini.

VoLTE merupakan Voice Over LTE dimana anda dapat membuat panggilan dengan kualiti HD dengan menggunakan rangkaian 4G. Ini bermaksud anda boleh melakukan apa-apa sahaja aktiviti online sepanjang panggilan dibuat.

VoWiFi pula merupakan Voice Over WiFi dimana anda dapat membuat atau menerima panggilan dengan kualiti HD menggunakan rangkaian WiFi, sesuai sekiranya kawasan anda mempunyai liputan rangkaian yang kurang baik.

Ciri sokongan ini boleh diaktifkan oleh pengguna yang menggunakan rangkaian Yoodo dengan sistem operasi Android atau iOS dengan beberapa langkah mudah seperti dibawah.

Untuk pengguna Android, anda boleh aktifkan sokongan ini di Setting -> Mobile Network -> Mobile Data -> Enable VoLTE Calls -> Enable WiFi Calling.

Untuk pengguna iOS pula, anda boleh aktifkan sokongan ini di Setting -> Phone -> Enable WiFi Calling.

Untuk maklumat lanjut mengenai penambahan sokongan ini dari Yoodo, anda boleh layari laman rasmi Yoodo disini : https://www.yoodo.com.my/volte-vowifi.

Apa pendapat anda mengenai sokongan VoWiFi daripada Yoodo ini ? Bagaimana dengan syarikat telekomunikasi yang anda gunakan sekarang ? Sudahkah anda aktifkan VoLTE dan juga VoWiFi ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Ketahui Tips Pemilihan Rangkaian Telekomunikasi : https://topupniaga.com/tips-pemilihan-rangkaian-telekomunikasi.

Daftar Sebagai Agen Topup / Topup Games Secara PERCUMA disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.