Digi Free 500MB Bermasalah
Selepas masalah rangkaian digi yang berlaku pada 10 November 2015, ada yang mengatakan pihak digi sepatutnya memberikan internet percuma digi FREE 500MB secara percuma. Tetapi hari ini, disebabkan berkemungkinan berlakunya bugs dalam sistem mereka, secara tiba-tiba mereka telah menutup cara mendapatkan internet percuma tersebut pada jam lebih kurang 11 pagi tadi.
Ada pengguna yang telah melanggan 500MB Percuma itu berkali-kali dan berkemungkinan besar digi telah mengenalpasti masalah tersebut, dan sudah tidak dapat lagi mendapatkan internet percuma tersebut. Berkemungkinan akan diadakan semula oleh digi setelah selesai memperbetulkan sistem untuk percuma 500MB tersebut terhad sekali kepada setiap pengguna.
Ramai juga yang bertanya tentang 500MB Percuma tersebut tetapi pihak digi menyatakan mereka belum mengeluarkan kenyataan rasmi daripada laman facebook mereka.
Diharap pihak digi dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera dan maklumkan kepada pengguna adakah statement tersebut adalah benar daripada pihak digi sendiri.