Masalah Rangkaian Digi
Pada hari ini, 10 November 2015, pelanggan yang menggunakan rangkaian Digi di beberapa kawasan menghadapi masalah telekomunikasi yang juga membabitkan kegagalan dalam mengakses beberapa perkhidmatan seperti mengemaskini maklumat baki akaun, membuat panggilan dan juga akses paket data internet. Berkemungkinan besar ada penambahbaikan daripada pihak Digi untuk pelanggan mereka pada masa akan datang.
Menurut pihak Customer Service Digi, telco Digi mengalami masalah teknikal dan sedang ditangani oleh mereka. Screenshot diambil daripada page Official Digi disini : https://www.facebook.com/digi
Pada minggu lepas, masalah rangkaian telah berlaku bagi telco Celcom dimana akses internet tidak dapat digunakan selama beberapa jam di sesetengah kawasan. Diharap pihak digi dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.