Terdapat beberapa sebab mengapa pengguna perlu verifikasi akaun sistem topup sebagai contoh sistem Topup Niaga, sistem SRS dan pelbagai sistem topup lain.
Ini adalah disebabkan sistem pendaftaran kita yang mudah, dimana sesiapa pun boleh cuba mendaftar, jadi kita tidak tahu adakah pemilik akaun tersebut merupakan pemilik sah ataupun tidak. Mereka boleh sahaja menyamar atau mengisi maklumat orang lain atau kita boleh katakan sebagai ‘kecurian identiti’ dan terdapat kemungkinan besar akaun sebegini akan melakukan traksaksi yang tidak sah.
Sebagai contoh anda boleh lihat pelbagai aplikasi yang menggunakan verifikasi seperti aplikasi Setel Petronas, Touch N GO Ewallet, aplikasi berkaitan ewallet, media sosial, ecommerce dan pelbagai lagi aplikasi yang memerlukan pengesahan maklumat pemilik akaun.
Dengan verifikasi akaunlah kita dapat pastikan pemilik akaun merupakan identiti yang sah dan berhak mengakses serta menggunakan akaun tersebut tanpa sebarang masalah. Maklumat verifikasi tidak digunakan untuk tujuan selain daripada memastikan pemilik akaun merupakan pemilik sebenar sahaja.
Selain itu, memandangkan kebanyakan sistem sebegini bergantung kepada no telefon, terdapat kemungkinan juga no telefon pengguna hilang, tamat tempoh dan sebagainya, jadi dengan maklumat verifikasi inilah lebih mudah untuk anda mendapatkan semula akaun anda walaupun anda menggunakan no telefon yang lain atau baru.
Dengan kemajuan teknologi pada waktu kini, wujudnya scammer yang cuba untuk mendaftar apa sahaja akaun dan cuba untuk ‘mencuci’ hasil scam mereka kepada topup dan sebagainya supaya sukar untuk dikesan semula, lebih -lebih lagi scammer daripada luar negara.
Jika verifikasi ini tidak dilakukan, perkara sebegini akan menjadi semakin berleluasa dan akan menyukarkan pelbagai pihak.
Diharap dengan perkongsian ini, anda dapat memahami dengan lebih baik mengapa verifikasi akaun sistem topup sebagai contoh sistem Topup Niaga, SRS Topup dan sebagainya kebanyakannya adalah perlu untuk memastikan akaun pengguna pemilik adalah sah dan menjalankan transaksi yang sah.
Daftar aplikasi Topup Niaga secara PERCUMA disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.
Tutorial Menggunakan Mobile Printer : https://topupniaga.com/tutorial-menggunakan-mobile-printer-pada-aplikasi-topup-niaga.