digi infinite 100

Plan Digi Infinite 100 telahpun dibuka oleh pihak Digi dimana pelan ini menawarkan data tanpa had, panggilan tanpa had berkelajuan sehingga 5Mbps dan hotspot tethering sebanyak 20gb, berbeza dengan plan Digi Infinite 150 yang juga memberikan hotspot tethering tanpa had.

Anda boleh rujuk review Digi Infinite 150 disini : http://topupniaga.com/review-pelan-unlimited-digi-infinite-150 .

Namun, plan ini dibuka sempena Hari Malaysia sahaja dimana pelan ini hanya dibuka selama 5 hari daripada tarikh hari ini, 12 September 2017. Pelan ini saya boleh katakan pengganti kepada pelan RM80 Infinite yang telah ditutup sebelum ini disebabkan oleh mencapai quota pengguna plan tersebut (plan yang hampir sama).

Untuk mendapatkan pelan ini, anda boleh pergi ke http://new.digi.com.my/postpaid-plans dan pilihan yang anda ada adalah :

  • Pembelian nombor baru.
  • Port in ke Digi (MNP)

Tiada pilihan untuk pengguna Digi sedia ada untuk menukar plan mereka (nampak dah Digi cuba tarik pengguna baru). Selain itu, mereka yang ingin mendapatkan plan ini perlu membayar RM200 pendahuluan pembayaran untuk 2 bulan yang akan datang, dan RM100 komitmen bayaran tiap bulan selepas 2 bulan tersebut.

lazada voucher rm20

Digi juga memberikan Lazada Voucher sebanyak RM20 untuk mereka yang mendaftar menggunakan laman web mereka. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus layari laman web mereka disini : http://new.digi.com.my/postpaid-plans#online-exclusive-plans

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? Hubungi kami melalui saluran dibawah :
Facebook : https://www.facebook.com/niagatopuprimaalliq
Whatsapp : topupniaga.wasap.my +60177860670
Email : admin@topupniaga.com