Berbaloikah pakej 5G Rahmah yang baru diumumkan pada beberapa hari lepas ?
Terdapat beberapa input yang diberikan berkaitan dengan pakej 5G Rahmah. Diantaranya :
- Pakej 60GB dengan tanda harga RM60 sebulan.
Pakej ini terbuka untuk semua dan bagi saya pelan ini tidaklah begitu menarik memandangkan terdapat pelbagai telco yang menawarkan pelan yang lebih baik berbanding apa yang ditawarkan pada Pakej 5G Rahmah.
Sebagai contoh, pelan U Mobile U Postpaid 38 yang menawarkan 60 GB pada tanda harga RM38 sahaja sebulan yang mana sudah pasti lebih murah.
Selain itu, YES 5G juga menawarkan pelan unlimited data pada tanda harga serendah RM30/bulan, 12GB hotspot dan panggilan tanpa had yang mana lebih menarik, tetapi rangkaian YES tidaklah begitu meluas buat masa sekarang.
- Penawaran telefon pintar 5G dengan kadar minimum dan kontrak 24 bulan.
Telefon 5G Honor 90 Lite 5G & samsung A14 5G berharga sehingga RM1099 dapat dibeli oleh semua pengguna dengan harga RM240 sahaja. Bagi kategori B40, 100,000 pembeli pertama akan menerima promosi RM120 sahaja untuk pembelian telefon 5G yang ditawarkan. Akan tetapi, pembeli akan diikat kontrak langganan pelan selama 24 bulan.
Bagi penawaran ini pula, pada pendapat saya ianya kurang menarik, melainkan pengguna yang ingin membeli telefon 5G kelas permulaan dengan harga yang murah. Jika ingin dibandingkan, Hotlink Postpaid sebelum ini ada membuat penawaran yang hampir sama dengan harga yang pelbagai tetapi hanya diikat kontrak 1-2 tahun.
Selain itu, YES 5G Infinite + pula memberikan telefon 5G secara percuma tetapi diikat kontrak selama 3 tahun. Pelan yang sesuai untuk dibandingkan dengan Pakej Rahmah 5G ini ialah Infinite+ Basic dimana pelan bulanannya ditetapkan pada tanda harga RM58/bulan akan tetapi ditawarkan dengan pelan data 5G+4G tanpa had, panggilan tanpa had dan 20 GB hotspot dengan kontrak selama 36 bulan.
- Penjawat Awam akan menerima insentif postpaid rahmah sebanyak RM10/bulan untuk setahun.
Penawaran ini hanya untuk penjawat awam yang menggunakan postpaid dimana penjawat awam akan menikmati penjimatan sebanyak RM120 secara total untuk setahun.
Pendapat keseluruhan saya mengenai Pakej 5G Rahmah ini ?
Bagi pengguna B40 saya yakin kebanyakannya tidak sesuai memanfaatkan pelan RM60 60 GB ini kerana kadar bulanannya yang agak tinggi, mungkin sesuai jika pakejnya berharga sekitar RM30-40 sahaja sebulan.
Sekiranya langganan pelan ini dibuat, kemungkinan besar disebabkan oleh ‘terpaksa’ untuk mendapatkan pakej telefon pintar ‘murah’ dengan diikat kontrak selama 2 tahun.
Penjawat awam pula memang terang lagi bersuluh akan menerima RM10 rebat bulanan postpaid dimana sekiranya mereka ambil langganan bulanan RM60 60 GB ini, dapatlah mereka 60 GB dengan tanda harga RM50 yang mana lebih baik dimanfaatkan untuk pelan postpaid RM38 U Mobile, bukankah begitu lebih baik ?
Pakej YES Prepaid 5G unlimited data sebaiknya dijadikan tanda aras untuk pelan yang termurah iaitu serendah RM30/bulan dan sekiranya telco lain juga menawarkan pelan yang serupa dibawah pakej Rahmah 5G, sudah semestinya ianya memberi kesan positif kepada pengguna kerana lebih banyak pilihan untuk pakej yang berbaloi.
Bagaimana pula dengan pendapat anda ? Adakah Pakej 5G Rahmah ini sesuai untuk anda gunakan kelak ? Kongsikan dengan saya pada ruangan komen dibawah.
Dapatkan WiFi Extender Xiaomi terbaik disini : https://shope.ee/2VOb2HUNIf.
Daftar sebagai Agen Topup Niaga disini : https://shop.topupniaga.com/pendaftaran-sistem-jualan-topup-niaga.