Redone Memperbaharui Pelan Amazing Ogos 2023

Redone dilihat telah memperbaharui pelan Amazing mereka bermula Ogos 2023. Pelan yang terlibat ialah pelan Amazing 8A, Amazing 38N dan juga Amazing 58K.

Kesemua pelan ini merupakan pelan terkini yang dilihat boleh memberi saingan kepada pelan data internet syarikat telekomunikasi pesaing.

Redone Amazing Ogos 2023 Terbaru

Daripada perbaharuan ini, dapat kita lihat perubahan daripada Amazing 8 yang hanya menyediakan 1GB data dan akan dikenakan PPU sekiranya penggunaan lebih dari 1GB, sudah menjadi 2GB dan tiada lagi PPU dikenakan.

Ini sangatlah bagus, berapa ramai pengguna yang tidak sedar penggunaan data dibuka dan hanya ketahui apabila penggunaan internet sudah mencapai had limit penggunaan yang biasanya ditetapkan pada RM50. Saya sendiri secara personal pernah mengalami masalah ini daripada sepatutnya bayar RM9 bulanan, terpaksa membayar sekitar rm60 disebabkan kesilapan ini.

Selain itu, pelan Amazing 38N juga dilihat agak menarik dengan penawaran data berkelajuan tinggi sebanyak 20 GB, 1.5 GB data harian redDAILY dan juga panggilan tanpa had kesemua rangkaian. Manakala untuk pelan Amazing 58K pula menawarkan 30GB data berkelajuan tinggi, 2GB data harian redDAILY serta panggilan tanpa had kesemua rangkaian.

Terdapat kelebihan dan kekurangannya apabila menggunakan redDAILY ini. Sebagai contoh sekiranya pelan data berkelajuan tinggi anda sudah digunakan sepenuhnya, anda masih lagi berpeluang menggunakan data berkelajuan tinggi yang ditetapkan pada redDAILY.

Bermakna walaupun anda telah kehabisan data redDAILY pada pertengahan bulan, jangan risau untuk hari-hari seterusnya kerana anda masih dibekalkan dengan data redDAILY.

Kekurangannya pula ialah kita tidak dapat bring forward data yang digunakan kepada hari seterusnya. Maksudnya sekiranya anda tidak gunakan langsung data pada hari tersebut, maka data redDAILY tersebut boleh dianggap seperti hangus begitu sahaja.

data hotspot redone amazing 2023

Sekiranya anda menggunakan data sekitar 2GB sehari, pelan Amazing 38 yang terkini ini amatlah sesuai dengan harga yang ditawarkan dengan total data 20GB+1.5X30 = 65 GB + unlimited call.

Manakala sekiranya anda menggunakan data sekitar 3GB sehari, pelan Amazing 58 pula amatlah sesuai dengan harga yang ditawarkan dengan total data 30GB + 2X30 = 90 GB + unlimited call.

Data yang ditawarkan jika dikira ratio nya adalah sekitar 60sen/GB yang boleh saya katakan agak berbaloi untuk penawaran data berkelajuan tinggi.

Namun penawaran 5G masih lagi belum ada apa-apa pengumuman daripada pihak Redone, jika ada apa2 informasi mengenainya saya akan kongsikannya kelak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pelan Redone Amazing ini, anda boleh dapatkannya disini : KLIK DISINI atau hubungi kami melalui Facebook Messenger Topup Niaga.

Bagaimana dengan pendapat anda mengenai pelan Redone Amazing yang terkini Ogos 2023 ini ? Bandingkan pula dengan pelan yang anda gunakan sekarang ? Kongsikan dengan kami pendapat anda pada ruangan komen dibawah.

Dapatkan Xiaomi Band 8 yang menarik disini : https://shope.ee/qGhk8OCjl.

Berbaloikah Pakej 5G Rahmah ? Baca pendapat saya disini : https://topupniaga.com/berbaloikah-pakej-5g-rahmah.