redone 1app

Redone 1App merupakan aplikasi yang boleh digunakan untuk pengguna Redone untuk mengakses serta mengemaskini akaun mereka dimana-mana dan pada bila-bila masa. Buat masa ini, aplikasi ini cuma hadir dalam Platform Android sahaja dan aplikasi ini akan dikemaskini pada masa akan datang untuk platform IOS.

Berminat untuk ketahui kelebihan pelan daripada Redone ? Anda boleh lihat disini : http://topupniaga.com/pelan-internet-termurah-di-malaysia.

Untuk mendownload aplikasi ini, anda boleh klik link Google Playstore disini : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.redone.oneApp&hl=en

Apakah kelebihan aplikasi Redone 1App ?

  • Memaparkan bil semasa akaun redone anda
  • Memaparkan baki semasa akaun redone anda
  • Semakan penggunaan data internet
  • Pembelian data internet
  • Penukaran had credit sementara
  • Semakan pembayaran terdahulu
  • Promosi, Bantuan serta Lokasi Agen Redone

pendaftaran redone 1app

Untuk pendaftaran pengguna Redone kali pertama, anda boleh klik pada butang ‘Sign Up’ dan anda akan dikehendaki memasukkan nombor telefon Redone anda dan anda akan terima password daripada SMS yang dihantar oleh pihak Redone.

Untuk login aplikasi ini, masukkan nombor telefon Redone anda di bahagian Redone No. dan gunakan password yang dihantar melalui SMS itu tadi dibahagian password, dan klik ‘Login’. Anda boleh gunakan akses login aplikasi ini di Selfcare web portal https://login.redone.com.my/selfcare kerana kedua-duanya daripada sistem yang sama. Pastikan anda menukar password anda kepada password yang selamat dan mudah untuk anda ingati.

Sekiranya anda terlupa password anda, anda boleh klik ‘Forgot Password’ dan anda akan terima password baru melalui SMS daripada pihak Redone.

aplikasi redone

Setelah anda berjaya login, ada pelbagai fungsi di menu yang disediakan seperti Redone Bill untuk semakan bil akaun redone anda, Data Top Up sekiranya anda ingin menambah quota internet, Promosi daripada Redone, semakan lokasi agen redone terdekat dengan kawasan anda, serta kemudahan untuk anda hubungi Helpline dan Customer Care yang sangat memudahkan pengguna.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai aplikasi ini, anda boleh komen atau hubungi kami melalui mana-mana saluran dibawah :

Facebook : Topup Niaga
Whatsapp : +60177860670
Email : admin@topupniaga.com

Berminat untuk menggunakan Redone ? Whatsapp ‘TELCOVIRAL’ ke 0177860670 untuk maklumat lanjut.

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? Whatsapp ‘TOPUPVIRAL’ ke 0177860670 untuk maklumat lanjut.