promosi digi infinite 100

Sempena 11.11 pada hari ini, Digi menawarkan promosi Digi Infinite 100 selama 24jam pada hari ini sahaja untuk mereka yang berminat untuk melanggan pelan tersebut dengan cara sama ada melanggan dengan nombor baru, MNP Port In Telco (kekal nombor lama) ataupun penukaran pelan untuk pengguna Digi .

pelan digi infinite

Pelan ini menawarkan data internet tanpa had dengan kadar kelajuan sehingga 5Mbps, 20GB Tethering, panggilan tanpa had serta 300 SMS untuk ke mana-mana rangkaian. Untuk mereka yang melanggan pelan ini, Digi juga memberikan RM20 Lazada voucher secara PERCUMA sebagai tanda menghargai pengguna-pengguna baru pelan tersebut. Pelan ini sama seperti pelan Digi Infinite 100 yang ditawarkan pada Hari Malaysia pada beberapa bulan lepas, cuma perbezaanya pelanggan sedia ada Digi boleh menukar ke pelan ini untuk promosi pada kali ini.

Selain itu, Digi juga menawarkan promosi 11% Off untuk pelanggan baru yang melanggan Digi Infinite 150 serta RM40 Lazada voucher secara PERCUMA sebagai tanda menghargai pengguna-pengguna baru pelan tersebut. Pelan Digi Infinite 150 menawarkan data internet tanpa had dengan kelajuan tanpa had (bergantung kepada coverage dan telefon pintar anda), tethering tanpa had, panggilan tanpa had serta 100 SMS untuk ke mana-mana rangkaian.

Buat masa ini, pelan yang memberikan data internet tanpa had serta tethering tanpa had adalah Digi Infinite 150. Sesuai untuk mereka yang menggunakan internet sehingga 1TB data internet dalam masa sebulan, boleh berkongsi internet dengan ahli keluarga dengan fungsi tethering. Anda boleh lihat review saya tentang Digi Infinite 150 disini : http://topupniaga.com/review-pelan-unlimited-digi-infinite-150.

Pakej Digi Infinite ini sering dinanti-nantikan oleh pengguna kerana permintaannya yang tinggi dan penawaran daripada pihak Digi yang agak terhad. Untuk mendapatkan promosi Digi Infinite 100 atau Digi Infinite 150 ini, anda boleh layari http://new.digi.com.my/postpaid-plans#online-exclusive-plans untuk mendapatkan pelan ini sebelum terlambat.

Sekiranya anda ada pertanyaan lanjut, atau komen tentang pelan Digi Infinite ini, anda boleh komen dibawah untuk berkongsi dengan pembaca yang lain. Berbaloi pelan yang anda gunakan sekarang ? 🙂

Berminat untuk menjadi Dealer / Agen Topup Niaga ? Layari http://topupniaga.com

Berminat untuk mendapatkan Pelan Internet Termurah Di Malaysia ? Layari http://topupniaga.com/pelan-internet-termurah-di-malaysia