Hotlink Menawarkan Pelan Tanpa Had

Setelah sekian lama, akhirnya Hotlink juga mengikut jejak langkah telco lain dengan menawarkan pelan tanpa had kepada pengguna. Pada kali ini, Hotlink menawarkan 2 pelan yang menarik, iaitu pelan internet dan panggilan tanpa had serta pelan video hiburan.

Melalui pelan Hotlink Prepaid Unlimited ini, pengguna boleh menikmati data internet dan juga panggilan tanpa had serendah RM35 sahaja sebulan. Selain itu, cashback sebanyak 10% juga diberikan sekiranya membuat pembelian kredit menggunakan Google Playstore atau Apple App Store.

Pengguna juga diberikan akses premium secara percuma untuk aplikasi Viu apabila membeli pas internet bulanan serta tawaran dan ganjaran peribadi di aplikasi Hotlink.

hotlink prepaid unlimited

Pelan bulanan Hotlink Prepaid Unlimited yang terbaru ini terbahagi kepada dua, iaitu RM35 sebulan dan RM45 sebulan. Kedua-duanya menawarkan data internet dan panggilan tanpa had, yang berbeza hanyalah kelajuan internet yang ditawarkan dimana pelan RM35 sebulan dihadkan pada kelajuan 3Mbps manakala RM45 sebulan pula dihadkan pada kelajuan 6Mbps.

pelan hotlink unlimited RM35 dan RM45

Walaupun ditawarkan dengan kelajuan data internet yang terhad, Hotlink juga menyediakan servis tambahan dengan kelajuan tanpa had dengan hanya serendah RM1 sahaja seperti dibawah.

addon hotlink serendah rm1

Bagi pelan Hotlink Prepaid Video mereka pula, Hotlink menawarkan 10 GB video internet secara percuma serta penebusan 2 kali ganda video internet secara percuma bagi setiap pembelian pas harian, mingguan atau bulanan. Di samping itu juga, akses kepada Premium HD Entertainment serta kadar IDD yang rendah ditawarkan melalui pelan ini.

Hotlink Prepaid Video menawarkan pas bulanan dengan pelbagai harga yang menarik dari serendah RM25 sebulan sehinggalah kepada RM60 sebulan.

pelan video hotlink terbaru

Ini sudah semestinya berita baik kepada pengguna lebih-lebih lagi bagi pengguna prabayar dan memberikan persaingan yang sihat dengan syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk sentiasa memberikan yang terbaik kepada pengguna.

Kemaskini 7 Jun 2020 :

Selepas sahaja pelan ini dilancarkan, terdapat pengguna yang membuat aduan berkenaan data internet tanpa had mereka yang dihadkan kelajuannya selepas penggunaan 5 GB data internet dalam masa sehari. Saya kurang pasti mengapa syarikat telekomunikasi khususnya di Malaysia sering menggunakan ‘Unlimited’ sedangkan mereka tidak menawarkan penggunaan yang relevan dengan unlimited.

fup hotlink unlimited

Pada 5 Jun 2020 yang lepas, saya ada membuat bacaan pada bahagian terma dan syarat penggunaan untuk melihat Fair Usage Policy untuk data unlimited ini, namun tidak kelihatan maklumat seperti diatas. Saya boleh katakan maklumat ini baru sahaja dikemaskini lebih kurang 24 jam yang lepas.

Seperti yang anda lihat, pas harian dihadkan kepada 5 GB, pas mingguan dihadkan kepada 15 GB dan bulanan pula dihadkan kepada 50 GB dan penggunaan selebihnya akan menggunakan kelajuan yang direndahkan kepada 512kbps.

Berdasarkan Fair Usage Policy yang telah ditetapkan oleh Hotlink diatas, bagaimana pendapat anda ? Berbaloi atau tidak pelan ini ?

Sememangnya berbaloi untuk mereka yang menggunakan data internet kurang daripada had yang telah ditetapkan, tetapi bagi mereka yang menggunakan lebih daripada had tersebut, anda mungkin boleh berfikir-fikir untuk mencari pelan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan tanpa had Hotlink Prepaid Unlimited dan juga Hotlink Prepaid Video ini, anda boleh layari :

Hotlink Prepaid Unlimited : https://www.hotlink.com.my/en/plan/hotlink-prepaid-unlimited.

Hotlink Prepaid Video : https://www.hotlink.com.my/en/plan/hotlink-prepaid-video.

Ingin menjadi dealer/agen topup ? Klik disini : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Ketahui kelebihan Executive Partner Halo Telco disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-executive-partner-halo-telco.