Pelan Jaringan Prihatin Unifi Mobile

Seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini, Pelan Jaringan Prihatin Khas untuk Unifi Mobile juga sudah diumumkan pada hari ini. Hampir sama seperti syarikat telekomunikasi yang lain, Unifi Mobile juga menawarkan rebat sehingga RM180 untuk pelan yang mereka tawarkan sebelum ini kepada mereka yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

jaringan prihatin unifi mobile

Menurut laman rasmi mereka, penawaran Pelan Jaringan Prihatin ini hanya terhad kepada 2 pelan sahaja iaitu Unifi Mobile 39 dan #BEBAS Prepaid. Untuk Unifi Mobile 39, RM15 rebat diberikan selama 12 bulan dimana hanya memerlukan RM24/bulan sahaja untuk pelan ini.

Untuk pelan #BEBAS Prepaid pula, tiada potongan RM15 rebat diberikan tetapi diberikan 2 GB/bulan untuk 12 bulan yang dikatakan setaraf dengan RM15/bulan.

Untuk membuat semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan Jaringan Prihatin ini, anda boleh semak kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat disini : https://bpr.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Unifi Mobile disini : https://unifi.com.my/jaringanprihatin.

Jika ditanya pada pendapat peribadi kami, agak kurang berbaloi berbanding syarikat telekomunikasi lain yang menawarkan sehingga 2 GB data sehari data tambahan untuk Pelan Jaringan Prihatin ini.

Bagaimana dengan pendapat anda mengenai Pelan Jaringan Prihatin daripada Unifi Mobile ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

Daftar Sebagai Dealer & Agen Topup Niaga : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.