Pelan Jaringan Prihatin YES

Seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini, Pelan Jaringan Prihatin Khas untuk YES juga sudah diumumkan beberapa hari lepas. Hampir sama seperti syarikat telekomunikasi yang lain, YES juga menawarkan rebat sehingga RM180 untuk pelan yang mereka tawarkan dan rebat sehingga RM300 untuk pembelian telefon baru kepada mereka yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

rebat jaringan prihatin bpr yes

Terdapat 2 pilihan dan kedua-duanya ialah percuma dimana pengguna akan menerima telefon pintar percuma, data sehingga 30 GB percuma, baucer RM50 Shopee serta akses percuma kepada aplikasi pendidikan seperti FrogAsia. Tawaran ini agak menarik kerana semuanya ialah percuma, tiada apa-apa informasi berkaitan mengenai telefon pintar percuma yang diberikan seperti yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi yang lain.

Walaupun begitu, pada ruangan komen di Facebook YES 4G disini : https://www.facebook.com/Yes4G/posts/10158387867732677, ramai yang minta untuk membatalkan Jaringan Prihatin mereka kerana merasa tertipu dengan spesifikasi telefon pintar yang ditawarkan.

komen yes 4g

Ada yang memberi komen spesifikasinya 1GB memori RAM dan 8 GB storan dimana sudah pastinya tidak sesuai lagi digunakan pada masa kini. Sekurang-kurangnya 2 GB ke atas barulah sesuai digunakan untuk masa sekarang. Adalah lebih baik untuk menambah sedikit pembayaran untuk mendapatkan telefon pintar lebih baik berbanding mendapat telefon pintar dengan spesifikasi yang sudah bertahun-tahun ketinggalan ke belakang.

Sekiranya benar spesifikasi yang ditawarkan ialah spesifikasi yang sudah tidak relevan sebegitu, tidak hairanlah ramai yang ingin membatalkan request mereka, termasuklah saya sendiri juga telah pra-daftar awal memandangkan mereka sahaja yang memberikan SMS/email berkaitan pada akhir April yang lepas. Mereka memperingatkan juga penerima supaya membuat pra-daftar sebelum 5 Mei 2021 supaya tidak ketinggalan.

email yes 4G pra daftar

Sekiranya anda berminat untuk mendaftar dan menebus subsidi telefon pintar melalui YES, anda boleh tuntutnya disini : https://prihatin.yes.my.

Untuk membuat semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan Pelan Jaringan Prihatin Khas dari YES ini, anda boleh semak kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat disini : https://bpr.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi YES disini : https://www.yes.my/ms/kasiupB40.

Bagaimana dengan pendapat anda mengenai Pelan Jaringan Prihatin daripada YES ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.

Daftar Sebagai Dealer & Agen Topup Niaga : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.