Halo TelcoInformasiPakej InternetTunetalk

TuneTalk Melancarkan Pelan Hi-Value

TuneTalk Melancarkan Pelan Hi-Value

Pada pertengahan Ogos yang lepas, TuneTalk telah melancarkan pelan Tune Talk Hi-Value dimana tarif pelan ini akan diguna pakai untuk pendaftaran sim baru atau port in yang diaktifkan selepas dari tarikh 24 Ogos 2021. Pelan Tune Talk Hi-Value ini menawarkan pelan data internet dengan harga yang lebih mampu milik jika dibandingkan dengan pelan Tune Unlimited mereka yang berharga RM48/bulan.

pelan tune talk hi-value

Terdapat 2 pelan terbaru yang ditawarkan iaitu Hi-25 dan juga Hi-35 dan menurut laman rasmi TuneTalk, pelan ini ditawarkan hanya untuk tempoh masa yang terhad, tetapi tidak dinyatakan pula secara terperinci berkenaan tarikh akhir untuk penawaran pelan ini.

Pelan Hi-25 menawarkan 25 GB data berkelajuan tinggi serta panggilan tanpa had ke rangkaian Tunetalk manakala untuk pelan Hi-35 pula menawarkan 35 GB data berkelajuan tinggi serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Sekiranya data penggunaan sudah digunakan sepenuhnya, kelajuan internet akan dihadkan kepada 64 kbps dan pengguna boleh membuat langganan data tambahan dengan harga RM3 untuk data tambahan sebanyak 1.5 GB.

Pada pendapat peribadi kami dari Topup Niaga, pelan ini amat sesuai bagi mereka yang menggunakan data berkelajuan tinggi pada sekitar 25 GB sehingga 35 GB sebulan. Jika pengguna memerlukan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, sudah semestinya pelan Hi-35 merupakan pilihan pelan yang terbaik.

Selain itu, dengan pelancaran pelan baru ini, tarif pelan sebelum ini seperti Tune Talk Cun Value atau Tune Talk Buddies tidak akan lagi dapat dilanggan untuk pendaftaran baru. Pendaftaran baru untuk Halo Telco juga tidak terkecuali dan boleh menggunakan tarif pelan yang terbaru ini memandangkan berada dibawah rangkaian Tune Talk juga.

halo telco pelan baru 2021

Namun, bagi pengguna sedia ada yang menggunakan pelan lama dan berminat untuk bertukar kepada tarif pelan yang baru ini, anda boleh melakukannya tetapi 300 points akan ditolak daripada Tune Talk BIG Points. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari : https://www.tunetalk.com/my/en/coolplan/hi-value-prepaid/switchpack.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai pelan Hi-Value Tune Talk ini, anda boleh layari laman sesawang rasmi mereka disini : https://www.tunetalk.com/my/ms/coolplan/hi-value-prepaid.

Daftar Sistem Jualan Topup Niaga : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Facebook Comments

Leave a Comment