Pada post kali ini saya akan terangkan bagaimana cara untuk tambah nilai BeONE Prepaid iaitu pelan prepaid dengan usahasama dengan syarikat telekomunikasi RedONE Network Sdn Bhd. Memandangkan informasi berkenaan BeONE ini masih kurang dan baru untuk tahun 2021 ini, diharap tutorial ini membantu anda dalam memahami sedikit sebanyak proses tambah nilai BeONE Prepaid.
Untuk maklumat anda, BeONE Prepaid diantara pelan yang memberikan pelan panggilan tanpa had termurah di Malaysia buat waktu ini iaitu serendah RM10 sahaja sebulan. Tambah nilai RM10 sudah mencukupi untuk tempoh aktif tambahan selama 30 hari, berbeza dengan kebanyakan syarikat telekomunikasi dimana memerlukan RM30 tambah nilai untuk tempoh aktif 30 hari.
Berminat untuk mendapatkan BeONE Prepaid ? Whatsapp ‘BeONE Prepaid‘ dan hantar ke 0177860670 atau PM Facebook kami : Topup Niaga untuk mendapatkannya dengan harga serendah RM5/sim.
Terdapat beberapa cara untuk menambah nilai kredit BeONE Prepaid anda diantaranya :
- Purchase Credit Reload pada aplikasi Redone Prepaid.
Anda boleh membuat tambah nilai serendah RM10 sahaja untuk tempoh aktif selama 30 hari dan boleh memilih untuk membuat pembelian softpin, iaitu dalam bentuk PIN 16 digit atau Pinless dimana tambah nilai akan terus dimasukkan ke dalam talian tersebut secara automatik. Klik pada butang PURCHASE dan tambah nilai akan berjaya setelah proses pembayaran berjaya tanpa sebarang masalah.
- Softpin Reload pada aplikasi Redone Prepaid.
Anda boleh membeli tambah nilai Redone PIN 16 digit di mana-mana kedai berhampiran seperti 7 Eleven, Epay dan rakan niaga BeONE di kawasan anda. Kemudian masukkan PIN 16 digit tersebut pada menu Softpin Reload di dalam aplikasi Redone Prepaid, kemudian klik pada butang RELOAD.
- Menggunakan laman web tambah nilai yang disediakan oleh Redone.
Anda boleh menggunakan laman web tambah nilai yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi redone disini : https://login.redone.com.my/prepaid/topup.
Isikan maklumat yang diminta iaitu nombor talian, email serta pilihan amaun tambah nilai serta klik pada butang Submit. Kemudian teruskan proses pembayaran dan tambah nilai akan berjaya.
Diharap tutorial tambah nilai BeONE Prepaid kali ini dapat membantu anda memahami proses tambah nilai pelan prepaid ini dan tidak keliru memandangkan tiada info yang jelas daripada laman rasmi BeONE mengenai pelan ini buat masa sekarang.
Berminat untuk menjana pendapatan dengan BeONE Prepaid ? Ketahui kelebihan BeONE Sales Executive disini : https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-executive-beone.