Bermula pada 1 November 2018, Redone 1App versi IOS telah dilancarkan dan sudah boleh digunakan oleh pengguna Redone. Untuk pengetahuan umum, Redone 1App merupakan aplikasi yang boleh digunakan oleh pengguna talian pascabayar Redone untuk mengakses dan menguruskan akaun mereka dengan mudah dan pantas.
Pengguna boleh mengakses Redone 1App menggunakan akses yang sama seperti Redone Selfcare Portal atau dapatkan akses melalui aplikasi sekiranya anda masih belum ada akses Redone Selfcare Portal tersebut. Sekiranya anda menggunakan android, anda boleh mengakses aplikasi tersebut menggunakan Google Play dengan cara seperti disini : https://topupniaga.com/fungsi-aplikasi-redone-1app.
Antara kelebihan Redone 1App versi IOS ialah :
- Menyemak penggunaan semasa akaun Redone anda.
- Menyemak maklumat berkenaan bil.
- Menyemak penggunaan data dan baki data yang masih boleh digunakan.
- Pembelian data tambahan dan juga redVideo. Anda boleh baca berkenaan redVIDEO disini : https://topupniaga.com/redone-memperkenalkan-redvideo.
- Langganan redCall. Anda boleh baca berkenaan redCALL disini : https://topupniaga.com/pelan-panggilan-tanpa-had-termurah.
- Permintaan untuk tambahan had penggunaan kredit.
- Melihat semula transaksi pembayaran yang telah dilakukan.
- Memaparkan promosi dan ganjaran daripada Redone.
- Menghubungi Customer Care melalui Live Chat.
- Memaparkan lokasi branch Redone yang terdekat.
Untuk memuat turun aplikasi ini di IOS, anda perlu :
- Buka Apple Store, dan download Redone 1App disini : https://itunes.apple.com/my/app/redone-1app/id1412312519?mt=8
- Klik ‘GET’ dan ‘Install’ dan aplikasi tersebut akan dimuat turun pada peranti IOS anda.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Redone disini : http://redone.com.my.
Berminat untuk menjadi Dealer/Agen Topup ? Layari : http://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.
Berminat untuk menjadi Usahawan Telco ? Layari :http://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.