Xiaomi Menawarkan E-Sim Di MalaysiaBermula pada 16 November 2018, Xiaomi menawarkan e-Sim di Malaysia melalui langganan perkidmatan melalui aplikasi yang ditawarkan oleh Durian Man dengan harga serendah RM1. Xiaomi merupakan pengeluar telefon bimbit pertama yang menawarkan eSim di Malaysia dimana sistem ini membolehkan telefon bimbit anda berfungsi tanpa menggunakan sim fizikal.

Melalui perkhidmatan eSim daripada Durian Man, pengguna boleh memilih pelan internet serendah RM14.15 sehingga ke RM200. Selain itu, pelan harian serendah RM1 serta perkhidmatan roaming juga disediakan. Anda boleh lihat servis langganan yang boleh dibuat melalui aplikasi Durian Man dibawah.

pelan internet esim xiaomi

Untuk mengaktifkan pelan eSim ini, pengguna perlu mengaktifkan perkhidmatan eSim ini di mana-mana cawangan yang berikut :

  • Authorised Mi Store Pavilion KL
  • Authorised Mi Store KLCC
  • Authorised Mi Store IOI City Mall Putrajaya
  • Authorised Mi Store Mid Valley
  • Authorised Mi Store One Utama

Buat masa ini, Xiaomi menawarkan e-sim ini kepada beberapa telefon bimbit terpilih sahaja seperti dibawah :

1.Pre-Installed :

  • MI 8 (MIUI V10.0.3.0EAMIFH)
  • POCOPHONE F1 (MIUI V9.6.25.0.OEJMIFD)
  • MIX 2S (MIU v10.0.2.1DGMIFH)
  • Redmi Note 6 Pro (MIUI V9.6.6.0 OEKMIFD)
  • Mi MAX 3 (MIUI V10.0.1.0.OEDMIFH)
  • Mi 8 Pro (MIUI V10.0.1.0.OEDMIFH)
  • Mi 8 Lite (MIUI v9.6.5.0ODTMIFD)

2.Muat turun daripada Google Playstore :

  • Redmi Note 4X (MIUI V9.6.2.0.NCFMIFD)
  • Redmi 4A (MIUI V9.6.2.0.NDFMIFD)
  • Redmi Note 5A Prime (MIUI V9.6.2.0.NDKMIFD)
  • Redmi Note 5A (MIUI V9.6.3.0.NCCMIFD)
  • Redmi 5A (MIUI V9.6.1.0.NAMMIFD)
  • Redmi 4X (MIUI V9.6.2.1.NCKMIFD)
  • Redmi 5 (MIUI V9.6.4.0.NDAMIFD)
  • Redmi Note 5 (MIUI V10.0.3.0.OEGMIFH)
  • Redmi 5 Plus (MIUI V9.6.2.0.NBCMIFD)
  • Redmi Note 4 (MIUI V9.6.3.0.NCCMIFD)

cabutan bertuah xiaomi esim

Selain itu,terdapat juga cabutan bertuah dari Xiaomi untuk mereka yang melanggan perkhidmatan ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman facebook Xiaomi disini : https://www.facebook.com/notes/mi-malaysia/how-to-use-your-xiaomi-device-without-a-sim-card/1048856325318461.

Berminat untuk menjadi Dealer/Agen Topup ? Layari : http://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.

Berminat untuk menjadi Usahawan Telco ? Layari :http://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.