Masalah Langganan Daripada Digi

Baru-baru ini, segelintir pengguna Digi mengalami masalah langganan daripada Digi dimana pertukaran pelan atau pembelian tanpa kebenaran berlaku secara tiba-tiba. Perkara sebegini merunsingkan banyak pihak khususnya kepada pengguna Digi yang sedia ada.

Sebagai contoh, pelan yang dilanggan oleh pengguna Digi secara tiba-tiba dinaikkan kepada pelan yang lebih tinggi atau mahal tanpa kebenaran dan makluman kepada pengguna. Ini sudah semestinya menambahkan lagi komitmen pembayaran dan beban kewangan yang harus ditanggung oleh pengguna walaupun secara ‘terpaksa’.

Selain itu, terdapat juga segelintir pengguna yang mengatakan terdapat transaksi pembelian tanpa kebenaran yang dilakukan menggunakan akaun Digi mereka.

web portal digi

Berkemungkinan terdapat akaun daripada pihak Digi yang mempunyai akses meluas telah digodam atau disalah guna, atau terdapat masalah dalaman daripada sistem mereka sendiri. Pihak Digi belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan masalah ini.

Sebelum ini saya juga pernah menggunakan Digi Infinite 150 selama hampir 12 bulan, tetapi saya telah terminate akaun tersebut disebabkan berlakunya ‘Auto Subscribe’ dimana akaun saya secara tiba-tiba melanggan servis atau perkhidmatan tanpa kebenaran dan dicas di dalam akaun Digi saya pada setiap minggu.

aduan skmm

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya telah membuat aduan kepada SKMM dan pihak Digi juga telah refund lebihan pembayaran untuk bil bulan selanjutnya. Anda boleh baca berkenaan ini pada post ‘Cara Membuat Aduan SKMM’ saya disini : https://amirazman.my/cara-membuat-aduan-skmm.

Walaupun begitu, pernah juga saya review berkenaan kelajuan Digi Infinite 150 sebelum ini dimana saya sangat berpuas hati dengan kelajuan internet yang ditawarkan. Anda boleh lihat review saya disini : https://topupniaga.com/review-pelan-unlimited-digi-infinite-150.

Walau bagaimanapun, diharap masalah langganan daripada Digi ini dapat diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakkan daripada masalah ini berlanjutan dan menjejaskan imej Digi sebagai antara telco terbaik di Malaysia.

Berminat untuk mendapatkan Pelan Panggilan Tanpa Had Termurah ? Layari https://topupniaga.com/pelan-panggilan-tanpa-had-termurah.

Berminat untuk menjadi Usahawan Telco ? Layari :https://topupniaga.com/kelebihan-menjadi-sales-advisor-redone.