Seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini, Pelan Jaringan Prihatin Khas untuk Yoodo juga sudah diumumkan pada hari ini. Hampir sama seperti syarikat telekomunikasi yang lain, Yoodo juga menawarkan rebat sehingga RM180 untuk pelan yang mereka tawarkan sebelum ini kepada mereka yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Menurut laman rasmi Yoodo, penawaran Pelan Jaringan Prihatin ini hanya terhad kepada pelan RM20 sahaja setelah rebat sebanyak RM15 dimana pengguna akan menerima 20 GB data internet berkelajuan tinggi beserta data tambahan sebanyak 60 GB (2 GB sehari).
Anda boleh membuat pendaftaran untuk Program Jaringan Prihatin Yoodo diaplikasi Yoodo. Pendaftaran perlu dibuat sebelum 31 Julai 2021.
Untuk membuat semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan Jaringan Prihatin ini, anda boleh semak kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat disini : https://bpr.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Yoodo disini : https://www.yoodo.com.my/jaringanprihatin.
Bagaimana dengan pendapat anda mengenai Pelan Jaringan Prihatin daripada Yoodo ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.
Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.
Daftar Sebagai Dealer & Agen Topup Niaga : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.