Seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini, Pelan Jaringan Prihatin Khas untuk U Mobile juga sudah diumumkan semalam. Hampir sama seperti syarikat telekomunikasi yang lain, U Mobile juga menawarkan rebat sehingga RM180 untuk pelan yang mereka tawarkan dan rebat sehingga RM300 untuk pembelian telefon baru kepada mereka yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Tetapi, U Mobile hanya memberikan salah satu pilihan sahaja sama ada anda inginkan rebat RM15/bulan selama setahun atau rebat sehingga RM300 untuk pembelian telefon baru. Kedua-dua pilihan ini masih akan menerima data Jaringan Prihatin harian sebanyak 2 GB.
Terdapat 3 pilihan pelan yang ditawarkan dengan pelan Jaringan Prihatin , iaitu :
- Pelan Prabayar (Prepaid). Pengguna akan menerima rebat sebanyak RM15/bulan selama setahun untuk pelan yang berharga RM30 dan keatas.
- Pelan Pascabayar (Postpaid). Pengguna akan menerima rebat sebanyak RM15/bulan selama setahun untuk pelan yang berharga RM50 dan keatas.
- Pelan Pembelian Peranti. Terdapat pelbagai jenis telefon pintar iaitu Samsung A02, Realme C11, Lenovo Tab M10, OPPO A54 dan Samsung Galaxy A02S yang memerlukan pengguna membuat pembayaran pendahuluan tertentu, langganan pelan tertentu serta kontrak penggunaan yang tertentu.
Anda boleh membuat pendaftaran untuk Program Jaringan Prihatin U Mobile disini : https://prihatin.u.com.my/registration. Pendaftaran perlu dibuat sebelum 31 Julai 2021.
Untuk membuat semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan Pelan Jaringan Prihatin Khas dari U Mobile ini, anda boleh semak kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat disini : https://bpr.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi U Mobile disini : https://www.u.com.my/extras/promotions/jaringan-prihatin.
Bagaimana dengan pendapat anda mengenai Pelan Jaringan Prihatin daripada U Mobile ini ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.
Jana Pendapatan Melalui Niche Telco : https://amirazman.my/jana-pendapatan-melalui-niche-telco.
Daftar Sebagai Dealer & Agen Topup Niaga : https://topupniaga.com/jana-pendapatan-melalui-telefon-bimbit-anda.